• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 27, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Upin & Ipin Jeng, Jeng, Jeng! Telan Belanja RM4 Juta

oleh AK-47
01/06/2016
dalam Artis, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

JIKA sebelum ini kartun popular Upin & Ipin hanya dilihat dalam bentuk animasi, apa hasilnya jika watak kartun terkenal itu digabungkan dengan lakonan hidup bersama kehadiran pelakon tempatan yang lain?

Hasilnya pasti sangat menarik dan mampu membawa satu anjakan paradigma dalam industri animasi dan perfileman tempatan!

Filem gabungan animasi 3D dan lakonan hidup pertama di Malaysia, ‘Upin & Ipin Jeng, Jeng, Jeng!’ bakal mencipta sejarahnya yang tersendiri dan dikhabarkan bakal ditayangkan pada November ini.

5
Pengarah Urusan Les’ Copaque Production, Burhanuddin Md Radzi.

Menurut Pengarah Urusan Les’ Copaque Production, Burhanuddin Md Radzi, filem ini mencipta sejarah dalam industri perfileman tempatan dengan menggunakan teknik penerapan teknologi komputer grafik yang menggabungkan watak animasi dan watak manusia.

“Peminat-peminat Upin & Ipin bakal menyaksikan buat pertama kalinya watak kembar kesayangan mereka muncul secara nyata dan berinteraksi dengan karakter manusia.

“Filem terbaharu Upin & Ipin yang diterbitkan secara usahasama antara Les Copaque Productions dan KRU Studios ini bakal ditayangkan di seluruh Malaysia dan Indonesia pada November nanti,” katanya ketika ditemui pada majlis pelancaran filem tersebut di Aloft Sentral, Kuala Lumpur, hari ini.

6
Dari kiri: Ketua Pegawai Eksekutif Primeworks Studios; Ahmad Izham Omar, Presiden Eksekutif Kumpulan KRU; Norman Abdul Halim, Pengarah Urusan Les’ Copaque Production; Burhanuddin Md Radzi, Ketua Pengarah FINAS; Datuk Kamil Othman dan Pengarah Kandungan MDEC; Hasnul Hadi Samsudin.

Turut hadir pada majlis itu ialah Presiden Eksekutif Kumpulan KRU, Norman Abdul Halim, Ketua Pengarah FINAS, Datuk Kamil Othman, Pengarah Kandungan MDEC, Hasnul Hadi Samsudin dan Ketua Pegawai Eksekutif Primeworks Studios, Ahmad Izham Omar.

Upin & Ipin Jeng, Jeng, Jeng! merupakan filem arahan Erma Fatima, dibintangi oleh Puteri Balqis, Awie, Sara Ali, Gambit serta Remy Ishak.

Menelan kos sebanyak RM4 juta, filem ini turut mendapat sokongan daripada Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas), Perbadanan Pembangunan Multimedia (MDEC) dan diedarkan oleh Primeworks Distribution. – MYNEWSHUB.CC

2

3

4

Tags: FILEMUpin & Ipin
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

‘Claim’ Upin & Ipin Dari Indonesia: YouTuber, Wakil Muzium Tampil Mohon Maaf

‘Claim’ Upin & Ipin Dari Indonesia: YouTuber, Wakil Muzium Tampil Mohon Maaf

23/05/2026
0

SHAH ALAM – YouTuber Indonesia dikenali sebagai Frans Sanjaya bersama seorang wakil muzium dikenali sebagai Sadan tampil memohon maaf selepas...

Hero Filem Tamil Diserang Di Lapangan Terbang

04/11/2021
0

NEW DELHI: Seorang pelakon lelaki, Maha Gandhi dilaporkan diserang oleh seorang lelaki di Lapangan Terbang Bengaluru, malam semalam. Kejadian dikatakan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd