• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 24, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kes 3 Butir Bom Dalam Kondo, Suami Isteri Didakwa

oleh Ahmad Albab
01/06/2016
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PETALING JAYA – Sepasang suami isteri hari ini didakwa di Mahkamah Sesyen di sini terhadap pertuduhan memiliki tiga butir bom buatan sendiri di sebuah unit kondominium di Damansara Perdana, April lepas.

Ng Woon Chieh, 38, dan isterinya Chow How Luen, 40, mengaku tidak bersalah atas pertuduhan yang dibacakan di hadapan Hakim Azhaniz Teh Azman Teh.

Mereka didakwa memiliki tiga butir bom buatan sendiri, tanpa kebenaran yang sah di sisi undang-undang, di sebuah unit kondominium di Metropolitan Square, Jalan PJU 8/1, Damansara Perdana, di sini pada 6 pagi, 17 April lepas.

Pasangan itu didakwa mengikut Seksyen 8 Akta Senjata Api (Penalti Lebih Berat) 1971 dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 14 tahun dan sebat tidak kurang daripada enam kali, jika sabit kesalahan.

Timbalan Pendakwa Raya Shafiq Hasim tidak menawarkan jaminan terhadap kedua-dua tertuduh kerana kesalahan di bawah akta itu tidak boleh dijamin.

Azhaniz Teh tidak membenarkan Ng dan Chow diikat jamin dan menetapkan 1 Julai depan untuk sebutan semula kes.

Peguam Naizatul Zamrina Karizaman mewakili pasangan suami isteri itu yang merupakan peniaga dalam talian.

Dalam kejadian 17 April lepas, lebih 200 penduduk kondominium di Damansara Perdana gempar apabila dimaklumkan penemuan bom di dalam sebuah unit kediaman di kondominium itu sebelum semua bahan letupan itu dibawa ke kawasan lapang berdekatan untuk dimusnahkan. – BERNAMA

Tags: BommahkamahSuami Isteri
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

‘Najib Tetap Ingat Rakyat, Sampaikan Salam Kasih Kepada Semua’ – Sempat Kongsi Pendapat Hal Harga Minyak

‘Najib Tetap Ingat Rakyat, Sampaikan Salam Kasih Kepada Semua’ – Sempat Kongsi Pendapat Hal Harga Minyak

11/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Anak kepada bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, Datuk Mohd. Nazifuddin berkongsi detik menyentuh hati...

Ibu Tunggal Didenda RM2,000 Miliki  100 Bahan Lucah Dalam Telefon

Ibu Tunggal Didenda RM2,000 Miliki 100 Bahan Lucah Dalam Telefon

09/04/2026
0

BACHOK - Seorang ibu tunggal didenda RM2,000 oleh Mahkamah Majistret di sini kerana memiliki kira-kira 100 bahan lucah dalam telefon...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd