• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, August 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tiada Laporan Orang Asli Terlibat Rasuah – SPRM

oleh Ahmad Albab
30/05/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

GERIK – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Perak tidak pernah menerima sebarang laporan mengenai Orang Asli terlibat dalam rasuah atau laporan daripada masyarakat itu mengenai kes rasuah, kata Timbalan Pengarah SPRM Perak Mohamad Hassan.

Beliau berkata keadaan itu mungkin disebabkan masyarakat pribumi tersebut sememangnya tidak terlibat dengan rasuah atau terdapat kalangan mereka yang tahu mengenai jenayah kolar putih itu tetapi tidak mengetahui saluran betul untuk membuat laporan.

“Memang tidak ada sebarang aduan dilaporkan oleh masyarakat Orang Asli atas sebarang isu (rasuah). Saya percaya mereka tahu ada amalan rasuah berlaku di sekitar mereka, tetapi tidak tahu bagaimana untuk melaporkannya,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sesi sembang santai ‘Hatimu Hatiku Jua’ bersama masyarakat Orang Asli sempena program merakyatkan SPRM bersama Pusat Memerangi Rasuah dan Kronisme (C4) di Kampung Orang Asli Desa Permai, Rancangan Penempatan Semula (RPS) Banun di sini, semalam.

Program sehari itu anjuran bersama SPRM, C4, Jabatan Kemajuan Orang Asli (Jakoa) serta Biro Pengaduan Awam dan disertai lebih 100 orang terdiri daripada ketua dan pemimpin Orang Asli dari seluruh negara.

Mohamad menggesa masyarakat Orang Asli yang mempunyai maklumat mengenai kes rasuah supaya tampil membuat laporan di pejabat SPRM Ipoh atau cawangan berdekatan iaitu di Taiping dan Teluk Intan.

Beliau berkata pemberi maklumat tidak perlu risau untuk membuat laporan mengenai kes rasuah kerana identiti dan aduan yang dibuat, dirahsiakan selain SPRM tidak sesekali bersubahat bagi menggagalkan siasatan.

Dalam pada itu, Mohamad berkata SPRM mengambil inisiatif dengan memberi pendedahan tentang cara pencegahan rasuah kepada masyarakat Orang Asli menerusi program merakyatkan SPRM yang julung kali diadakan itu.

“Pada program ini SPRM membuka kaunter untuk mengajar bagaimana cara-cara membuat aduan rasuah, selain mendengar masalah yang ingin dikemukakan kepada SPRM,” katanya.

Sementara itu, Timbalan Ketua Pengarah Jakoa Suhaimi Mahmud, berkata mengikut rekod pihaknya, masyarakat Orang Asli tidak terlibat dengan memberi atau menerima rasuah.

“Cuma ada segelintir daripada mereka yang tidak mematuhi garis panduan dan sebagainya dan kami siasat perkara itu,” katanya. – BERNAMA

Tags: Orang AsliSPRM
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Orang Asal Di Malaysia Adalah Orang Asli – Siti Kasim

Orang Asal Di Malaysia Adalah Orang Asli – Siti Kasim

26/07/2026
0

KUALA LUMPUR – Peguam dan aktivis, Siti Kassim mendakwa penduduk asal di Malaysia adalah Orang Asli, bukan individu seperti Presiden...

Hanya Orang Asli Berasal Dari Tanah Ini, Etnik Lain Mempunyai Asal Usul Dari Luar – Ronnie Liu

Hanya Orang Asli Berasal Dari Tanah Ini, Etnik Lain Mempunyai Asal Usul Dari Luar – Ronnie Liu

26/07/2026
0

KUALA LUMPUR - Bekas Exco Kerajaan Negeri Selangor, Ronnie Liu Tian Khiew mendakwa hanya Orang Asli berasal dari negara ini,...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd