• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, October 7, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Mastura Mampu Sambung Legasi Suami Di Kuala Kangsar

oleh Ahmad Albab
dalam Politik, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Pemilihan Datin Mastura Mohd Yazid sebagai calon Barisan Nasional (BN) dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Kangsar adalah tepat bagi menyambung legasi suaminya, kata Naib Ketua Pergerakan Puteri UMNO Zahida Zarik Khan.

Katanya balu Allahyarham Datuk Wan Mohammad Khair-il Anuar Wan Ahmad itu bersifat rendah diri dan beliau mampu membawa kemenangan kepada BN.

“Saya yakin dan percaya pemilihan Mastura sebagai calon akan membawa kepada kesinambungan pembangunan yang telah dibawa Allahyarham suaminya,” katanya kepada pemberita ketika ditemui di Program Jelajah Pendidikan Bumiputera (JPB) 2016 di sini, hari ini.

Semalam Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengumumkan Mastura, 54, yang juga seorang peguam akan mewakili BN pada PRK Kuala Kangsar.

Sementara itu, Zahida berkata jentera Pergerakan Puteri UMNO telah mula bergerak bagi membantu kelancaran kempen BN bagi memenangi PRK Kuala Kangsar serta PRK Sungai Besar yang dijalankan serentak pada 18 Jun depan.

PRK Kuala Kangsar, Perak dan Sungai Besar, Selangor diadakan ekoran kematian wakil rakyatnya iaitu Wan Mohammad Khair-il Anuar dan Datuk Noriah Kasnon dalam nahas helikopter di Sarawak pada 5 Mei lepas.

Calon BN bagi PRK Sungai Besar ialah Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Panjang Budiman Mohd Zohdi. – BERNAMA

Tags: PRK Kuala KangsarUMNO
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

UMNO Kenang Tun Dr Siti Hasmah, Titip Doa Buat Tun Mahathir

UMNO Kenang Tun Dr Siti Hasmah, Titip Doa Buat Tun Mahathir

28/09/2026
0

KUALA LUMPUR – Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menyifatkan pemergian Allahyarhamah Tun Dr Siti Hasmah Mohamad Ali...

UMNO Seru Umat Islam Pertahan Kesucian, Keselamatan Tanah Haram

UMNO Seru Umat Islam Pertahan Kesucian, Keselamatan Tanah Haram

21/09/2026
0

KUALA LUMPUR - Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menegaskan Makkah al-Mukarramah dan Madinah al-Munawwarah mesti kekal terpelihara...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd