• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 22, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Bekalan Ayam, Daging Dijamin Cukup Untuk Ramadan & Aidilfitri

oleh Ahmad Albab
29/05/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PASIR SALAK – Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani memberi jaminan bekalan ayam dan daging di negara ini mencukupi sepanjang bulan Ramadan dan Aidilfitri.

imbalan Menteri berkenaan Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman berkata pihaknya telah mengarahkan pengimport dan pembekal kedua-dua bahan mentah itu menyediakan bekalan mencukupi bagi menampung keperluan pengguna.

“Pengeluaran daging lembu bagi keperluan dalam negara hanya 28 peratus sahaja dan sudah tentu tidak mencukupi untuk menampung permintaan pengguna walaupun bukan pada bulan Ramadan atau musim perayaan.

“Kementerian sentiasa menyediakan bekalan yang mencukupi lebih awaluntuk mengelakkan masalah kekurangan kedua-dua bahan mentah itu,” kata beliau

Tajuddin yang juga anggota Parlimen Pasir Salak berkata demikian kepada pemberit selepas menyampaikan sumbangan wang moreh kepada 59 masjid dan 163 surau bagi kawasan parlimen berkenaan di Masjid Al-Hidayah di sini hari ini.

Tajuddin berkata kementerian hanya menyediakan keperluan bagi bekalan ayam dan daging manakala pengawalan harga terletak di bawah bidang kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK).

“Saya percaya KPDNKK tentu sudah bersiap sedia dengan pihak penguatkuasa
untuk memantau dan memastikan harga ayam dan daging tidak naik sehingga
membebankan pengguna.

“Peniaga tidak ada sebab untuk menaikkan harga sebab bekalan mencukupi dan tiada tanda-tanda bahawa kos pembekalan ayam atau kos pengeluaran daging dari negara pengimport meningkat,” katanya.

Mengenai sumbangan moreh kepada masjid dan surau di kawasan Parlimen Pasir Salak, beliau berkata adalah menjadi kelaziman beliau sebagai wakil rakyat di kawasan itu memberi sumbangan sedemikian setiap tahun. – BERNAMA

Tags: ayam
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Sekurang-kurangnya Rakyat Mesti Ada Nasi, Ayam, Telur, Sayuran

Sekurang-kurangnya Rakyat Mesti Ada Nasi, Ayam, Telur, Sayuran

11/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Komitmen kerajaan untuk memastikan rakyat sekurang-kurangnya mesti ada nasi dan protein seperti ayam dan telur serta sayuran...

‘Harga Ayam Di Sabah Cecah RM16.50 Sekilogram’ – Bung Moktar

‘Harga Ayam Di Sabah Cecah RM16.50 Sekilogram’ – Bung Moktar

18/01/2025
0

KOTA KINABALU - Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lamag, Datuk Seri Bung Moktar Radin meminta kerajaan Sabah mengambil langkah serius...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd