• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 22, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tahap Keselamatan Sistem MYIMMS Ditambah Baik – Heitech Padu

oleh Ahmad Albab
29/05/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PETALING JAYA – Sistem Imigresen Malaysia (myIMMs) kini sedang melalui proses transformasi bagi tujuan penambahbaikan khusus dalam meningkatkan tahap keselamatannya.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan (Sektor Awam) HeiTech Padu Berhad, Ariff Mokhtar berkata proses transformasi yang dilakukan oleh syarikatnya yang bertindak sebagai ‘main integrator’ sistem berkenaan, yang antaranya mengimbas pergerakan keluar masuk ke negara ini.

Projek tersebut telah dilaksanakan sejak Mac tahun lepas atas permintaan kerajaan dan dijangka dapat diselesaikan penghujung tahun ini, katanya kepada Bernama.

“Kami (HeiTech Padu Berhad) sentiasa memastikan operasi perisian itu berada pada tahap optimum sejak bertanggungjawab ke atas sistem itu pada 2010,” katanya.

Beliau diminta mengulas Laporan Ketua Audit Negara 2015 Siri 1 pada 18 Mei lalu yang menyatakan myIMMs yang dibangunkan bagi menyokong operasi utama Jabatan Imigresen kurang memuaskan dan menyebabkan objektifnya terjejas.

Laporan media sebelum ini turut menyebut bahawa sistem itu yang menyokong perkhidmatan utama Jabatan Imigresen sering tergendala, dipercayai antara punca warga asing mudah membolosi pintu masuk negara di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dan klia2.

Sistem myIMMs kini menjadi isu berikutan laporan yang mengatakan sistem tersebut telah disabotaj oleh pihak tertentu, di mana pihak berkuasa sedang menyiasat kira-kira 100 orang termasuk pegawai Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) dan anggota sindiket yang dipercayai terlibat dalam mensabatoj sistem tersebut.

Khamis lepas, Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata beliau bersama Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri Datuk Seri Alwi Ibrahim akan berjumpa dengan pembekal agar mengemas kini dan menambah baik sistem tersebut dalam tempoh terdekat.

Ahmad Zahid juga menolak penglibatan pegawai atasan dan juga pembekal sistem myIMMs dalam kegiatan mensabotaj sistem tersebut.

Sementara itu, Ariff berkata sistem myIMMs telah direkod berfungsi 99.5 peratus atas talian tanpa gagal sejak ia dilancarkan.

“Dalam ‘Service Level Agreement’ yang kami tandatangani dalam kontrak, kadar uptime sistem perlu capai 99.5 peratus.

“Sekiranya tidak tercapai, kami boleh dikenakan penalti. Dari segi ini, kami telah memenuhi keperluan setakat ini, Alhamdulillah,” katanya.

Bagaimanapun, Ariff mengakui kebergantungan sistem itu kepada infrastruktur seperti internet dan janakuasa elektrik yang bukan di bawah bidang kuasa mereka, memberi kesan terhadap operasi sistem tersebut.

“Ini apa yang berlaku di KLIA, bila ada gangguan bekalan tenaga hampir satu jam, rangkaian pun turut terjejas, rangkaian daripada server kepada komputer okey, tetapi hanya disebabkan satu peralatan iaitu router tidak berfungsi, ia menggagalkan keseluruhan sistem,” katanya.

Beliau berkata syarikatnya mengendalikan lapan modul termasuk sistem data, daripada 37 modul yang turut dikendalikan beberapa vendor lain dalam sistem myIMMs.

“Modul-modul lain seperti biometrik dikendalikan vendor lain, di mana kontrak dan bayaran diberi secara terus kepada mereka oleh pihak kerajaan,” katanya. – BERNAMA

Tags: ImigresenMYIMMS
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

JIM, DBKL Serbu Pasar Pudu, 186 PATI Ditahan Dalam Ops Kutip

JIM, DBKL Serbu Pasar Pudu, 186 PATI Ditahan Dalam Ops Kutip

21/06/2026
0

OLEH MYNEWSHUB KUALA LUMPUR – Seramai 186 pendatang asing tanpa izin (PATI) ditahan dalam operasi bersepadu berskala besar yang dijalankan...

Imigresen Bongkar Aktiviti Pelupusan e-Waste Haram, Sarang Penipuan Dalam Talian

Imigresen Bongkar Aktiviti Pelupusan e-Waste Haram, Sarang Penipuan Dalam Talian

22/06/2025
0

KUALA LUMPUR: Jabatan Imigresen menahan 48 warga asing dalam dua serbuan berasingan di Pulau Indah, Selangor serta kawasan kediaman mewah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd