• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Nelayan Jumpa Mayat Mangsa Bunuh Dalam Pukat

oleh Ahmad Albab
27/05/2016
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KEPALA BATAS – Seorang lelaki dipercayai dibunuh dan mayatnya ditemui dalam beg plastik hitam yang dibungkus dengan pukat berhampiran bot nelayan di jeti Kuala Muda, Penaga, di sini Khamis malam.

Mayat lelaki itu ditemui pada pukul 9.20 malam dengan tangan terikat oleh seorang nelayan yang sedang membersihkan botnya untuk turun ke laut.

Kaki lelaki itu turut diikat dengan batu bata dipercayai untuk menenggelamkan mayatnya, namun kepala lelaki itu kelihatan di permukaan air.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara (SPU) ACP Azmi Adam berkata polis tidak menemui sebarang dokumen pengenalan diri bersama mayat itu.

“Polis tidak menolak kemungkinan mangsa dibuang di kawasan lain sebelum dibawa ombak dan hanyut sehingga Kuala Muda,” katanya ketika dihubungi di sini Jumaat.

Azmi berkata mayat lelaki yang lengkap berpakaian itu dihantar ke Hospital Seberang Jaya untuk bedah siasat.

“Mayat lelaki itu dalam keadaan lengkap dan polis menunggu laporan bedah siasat untuk mengetahui bila dan punca kematian mangsa,” katanya.

Beliau berkata siasatan awal juga mendapati penduduk di kawasan itu tidak mengenali lelaki berkenaan dan dia dipercayai orang luar.

Sehubungan itu, polis meminta kerjasama orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian itu atau kehilangan anggota keluarga atau rakan agar menghubungi balai polis berhampiran. – BERNAMA

Tags: Mayat
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Mayat Nur Izzati Humaira Ditemui Di Kawasan Kebun, 500 Meter Dari Lokasi Terakhir Dilihat

Mayat Nur Izzati Humaira Ditemui Di Kawasan Kebun, 500 Meter Dari Lokasi Terakhir Dilihat

26/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Mayat remaja perempuan yang dilaporkan hilang selepas dipercayai tersesat ketika menuruni Bukit Asa, Hulu Bernam, Selangor di...

Mayat Ditemui Di Rumah Kosong

Mayat Ditemui Di Rumah Kosong

18/12/2025
0

Rembau: Mayat yang belum dikenal pasti ditemui di belakang sebuah rumah tidak didiami di Kampung Batu 4, Pedas, di sini,...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd