• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Timbang Nama Baharu Lebih Sesuai Untuk JPAM – Shahidan

oleh Ahmad Albab
27/05/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Kerajaan akan menimbang nama yang lebih sesuai berikutan penjenamaan Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) berbanding nama Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APAM) yang dicadangkan sebelum ini.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Shahidan Kassim berkata beberapa nama lain yang dicadangkan akan dibincangkan sebelum keputusan dibuat.

“Macam-macam cadangan yang dibuat, saya akan maklumkan cadangan yang disebutkan dan yang penting nama ini sesuai dengan perubahan baharu yang kita dibawa.

“Antara cadangan yang dikemukakan kepada saya ialah APM dan PERTAMA,” katanya ketika menggulung perbahasan RUU Pertahanan Awam (Pindaan) 2016 pada persidangan Dewan Rakyat di sini hari ini.

Terdahulu, pada sesi perbahasan RUU tersebut, Datuk Noor Ehsanuddin Mohd Harun (BN-Kota Tinggi) berkata beliau tidak bersetuju dengan nama baharu itu dan meminta kerajaan menggunakan nama lain yang membawa konotasi lebih membina.

“Saya tidak menolak sepenuhnya cadangan nama baharu ini namun bagi saya nama yang lebih signifikan perlu digunakan supaya JPAM lebih dihormati,” katanya.

Sementara itu, Datuk Abdul Rahman Mohamad (BN-Lipis) pula bersetuju dengan nama APAM kerana ia mudah diingati.

Pindaan RUU tersebut antaranya bagi menyediakan perlindungan hak pekerja untuk mana-mana sukarelawan atau anggota tambahan bagi pasukan itu yang tidak hadir daripada pekerjaan biasa beliau atas sebab menjalankan tugas yang berkaitan dengan pertahanan awam.

Ia memperuntukkan penubuhan Kor Kadet Pertahanan Awam bagi mana-mana kawasan di Malaysia, di mana pelajar sekolah menengah dan yang merupakan seorang pelajar berdaftar bagi mana-mana institusi latihan atau pendidikan boleh memohon untuk menyertai kor kadet.

RUU itu kemudiannya diluluskan tanpa pindaan. – BERNAMA

Tags: JPAMShahidan Kassim
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Selat Hormuz Tak Boleh Lalu Naik 80 Sen, Dah Boleh Lalu Naik 50 Sen – Shahidan

Selat Hormuz Tak Boleh Lalu Naik 80 Sen, Dah Boleh Lalu Naik 50 Sen – Shahidan

01/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen Arau, Datuk Seri Dr. Shahidan Kassim mempersoalkan rasional kenaikan harga diesel yang berterusan meskipun laluan...

‘Pemberi Maklumat Perlu Dilindungi, Akta Kebebasan Maklumat Tak Boleh Dibuat Tergesa-gesa’

Dewan Rakyat Kecoh Shahidan Dakwa Jimmy Puah Sokong Israel

30/10/2023
0

KUALA LUMPUR: Dewan Rakyat kecoh seketika selepas Datuk Seri Shahidan Kassim (PN-Arau) mendakwa Jimmy Puah (PH-Tebrau) mengeluarkan kenyataan menyokong Israel....

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd