• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pemuda Kongsi Kisah Kebaikan Individu Tak Dikenali

oleh AK-47
26/05/2016
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

TINDAKAN murni seorang individu yang tidak dikenali telah menyelamatkan kereta seorang pemuda daripada dibasahi air hujan. Inilah kisah yang dikongsikan oleh pemuda bernama Imran.

Menurut sebuah portal Singapura, Imran berasa panik apabila melihat keretanya dilitupi plastik berwarna putih lut sinar pada bahagian belakang sebelah kiri di tempat duduk penumpang.

Dalam kejadian yang berlaku pada pukul 8.40 pagi pada Selasa lalu, Imran memakirkan keretanya berdekatan dengan Hougang Avenue, Singapura, menyangka cermin belakang keretanya itu telah dipecahkan.

Pemuda Kongsi Kisah Kebaikan Hati Individu Tak Dikenali

Namun sangkaannya meleset, rupa-rupanya dia terlupa untuk menutup cermin kenderaannya itu dan mujurlah ada seorang individu yang berhati mulia telah menutupinya dengan sekaki payung berwarna putih lut sinar untuk mengelak daripada dibasahi air hujan.

“Saya bergegas ke kereta tersebut, saya berteleku ke tanah sambil menadah tangan ke langit memanjatkan kesyukuran kepada individu yang telah melakukan semua ini,” katanya.

Jelas Imran lagi, tindakan individu berkenaan telah menyelamatkan keretanya daripada dibanjiri air hujan yang mungkin merosakkan kerusi kereta itu malah akan mengambil masa yang lama untuk dikeringkan.

Disamping itu, Imran juga berharap dapat mengucapkan terima kasih kepada individu tersebut secara peribadi di atas tindakan murninya itu. Malah merancang menampal poster di sekeling kejiranannya itu untuk mencari individu berkenaan.

“Ianya menjadi satu kerugian besar buat saya dan masyarakat kerana tidak dapat mengenali individu tersebut yang sanggup menghulurkan bantuan kepada seseorang yang tidak dikenalinya,” katanya.

Ternyata, kebaikan yang hendak dilakukan boleh dizahirkan dalam pelbagai cara. Kadang-kadang kebaikan yang cuba dilakukan meskipun kecil atau remeh pada pandangan kita namun impaknya besar pada yang menerimanya.

Oleh itu, usahlah teragak-agak untuk melakukan kebaikan, yang penting ianya datang dari hati dan disertakan dengan niat yang suci. – MYNEWSHUB.CC

Tags: individunilai murniPayung
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Op Sky: 18 Individu Lagi Akan Dipanggil, Kata Azam Baki

Op Sky: 18 Individu Lagi Akan Dipanggil, Kata Azam Baki

09/02/2025
0

SHAH ALAM - Seramai 18 individu akan dipanggil ke Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dalam masa terdekat untuk dirakam percakapan...

Individu Dipanggil Sertai PLKN 3.0 Wajib Hadir – JLKN

Individu Dipanggil Sertai PLKN 3.0 Wajib Hadir – JLKN

08/02/2025
0

KUALA LUMPUR - Individu yang dipanggil menjalani Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) 3.0, wajib hadir dan sekiranya berhalangan mereka perlu...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd