• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Polis Tahan 24 Lelaki Dipercayai Pengedar Dadah

oleh Ahmad Albab
26/05/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

ALOR SETAR – Polis menahan 24 lelaki berumur antara 20 hingga 30-an dipercayai terlibat dalam kegiatan mengedar dadah di sekitar daerah Kota Setar menerusi Op Sarang yang dilaksanakan sehingga semalam.

Ketua Polis Daerah Kota Setar ACP Mohd Rozi Jidin berkata dalam operasi bermula 1 Mei lepas, sebanyak 15 serbuan dijalankan melibatkan pemeriksaan terhadap lebih 1,000 orang.

“Hasil operasi yang dijalankan di sekitar Alor Setar, Kuala Kedah dan Pokok Sena dalam tempoh 25 hari itu, kita telah merampas pelbagai jenis dadah termasuk heroin, syabu, ganja dan eramin 5 yang bernilai RM50,000.

Seramai 24 lelaki juga telah ditahan dan akan disiasat mengikut Seksyen 39(B) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang jika sabit kesalahan boleh dijatuhkan hukuman mati. Ada antara lelaki yang ditahan mempunyai rekod lampau yang melibatkan kes dadah,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kota Setar di sini hari ini.

Katanya, masyarakat setempat diharap dapat membantu polis untuk menyalurkan maklumat berkaitan pengedar dadah yang sedang aktif di kawasan masing masing bagi membolehkan operasi membanteras gejala negatif itu dijalankan.

Sementara itu, Mohd Rozi berkata polis telah menahan dua jurujual berumur 25 dan 30 tahun pada 18 Mei lepas dalam kes berasingan kerana menjalankan kegiatan menjual barangan elektrik yang dicuri daripada kedai.

“Kedua-dua suspek lelaki yang bekerja di sebuah kedai barangan elektrik di Alor Setar dikesan telah menjalankan kegiatan itu sejak tiga bulan lalu di mana sebanyak 39 barangan elektrik termasuk peti sejuk dan mesin basuh yang bernilai RM20,000 telah dicuri.

Suspek menggunakan modus operandi dengan menjual barangan tersebut dengan harga murah kepada masyarakat kampung di sekitar Pokok Sena, Kuala Nerang dan Yan. Kita dapati mereka turut memalsukan dokumen penjualan dan majikan suspek yang menyedari kegiatan tersebut telah membuat laporan polis,” katanya.

Beliau berkata sehingga kini polis telah menjumpai 11 item barangan yang dijual dan sedang mengesan baki 28 lagi barangan dan menyeru pembeli untuk tampil memberi maklumat kepada pihak polis dan sekiranya gagal tindakan akan dikenakan.

Kedua-dua suspek ditahan reman sehingga esok dan akan disiasat mengikut Seksyen 381 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 10 tahun atau denda, jika sabit kesalahan. – BERNAMA

Tags: polis
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Wanita Menyamar Kakitangan Hospital Sultanah Aminah Minta Bayaran Masuk Wad RM30

Wanita Menyamar Kakitangan Hospital Sultanah Aminah Minta Bayaran Masuk Wad RM30

22/04/2026
0

JOHOR BAHRU – Pihak pengurusan Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru (HSAJB) memaklumkan wanita yang menyamar sebagai staf hospital meminta bayaran...

Tular Video Disyaki Curi Kabel Di Ipoh, Polis Minta Orang Ramai Salur Maklumat

Tular Video Disyaki Curi Kabel Di Ipoh, Polis Minta Orang Ramai Salur Maklumat

28/03/2026
0

IPOH: Polis meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kes disyaki curi kabel di Jalan Pakatan Jaya, Taman Pakatan Jaya...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd