• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Siti Nordiana Jaga Batasan, Faham Perasaan Isteri Alif

oleh AK-47
26/05/2016
dalam Artis, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

DRAMA Dia Semanis Honey gandingan aktor Alif Satar dan penyanyi Siti Nordiana yang kini sedang ditayangkan di Astro Ria, mendapat sambutan luar biasa daripada penonton.

Rata-rata peminat memuji keserasian Nana dan Alif hingga ada yang menyifatkan mereka benar-benar sesuai.

Selain itu, peminat khususnya yang beragama Islam turut memuji drama arahan Michael Ang itu kerana tidak mempamerkan sebarang adegan bersentuhan antara hero dan heroin namun masih lagi berjaya mempamerkan aksi-aksi romantis mereka.

Dalam pada itu, Nana yang kini merupakan seorang ibu tunggal akui dia masih perlu menjaga batas-batas pergaulannya dengan Alif demi menjaga hati isteri aktor popular itu.

“Alhamdulillah gandingan saya dan Alif menjadi. Saya tak sangka akan diterima disebabkan saya pun gemuruh dengan respon peminat. Ini berikutan saya dengan Alif kali pertama bekerjasama, malah, jarak usia kami juga agak jauh juga. Namun, lama-kelamaan saya rasa ada keserasian kerana dibantu oleh Alif dan pengarah.

“Apapun semua itu atas dasar kerja dan saya cuba sedaya-upaya untuk menjaga batas-batas antara kami berdua. Kebanyakan babak romantik saya mohon tidak ada adegan bersentuhan.

“Ini kerana saya pernah menjadi isteri jadi saya faham bagaimana perasaan seorang isteri,” kata Nana kepada Media Hiburan. – MYNEWSHUB.CC

Tags: ArtisSiti Nordiana
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Mahkamah: Bicara Kes Saman Siti Nordiana, Lima Sekawan 12 Hari Di Mahkamah Tinggi

Mahkamah: Bicara Kes Saman Siti Nordiana, Lima Sekawan 12 Hari Di Mahkamah Tinggi

01/06/2023
0

KUALA LUMPUR – Perbicaraan kes saman difailkan penyanyi dan pelakon, Siti Nordiana Alias atau dikenali Nana, terhadap lima individu termasuk...

Artis Ditahan Pukul Bekas Isteri

20/04/2022
0

KUALA LUMPUR: Polis menahan seorang artis lelaki yang juga penyanyi sebuah kumpulan terkenal tanah air kerana disyaki memukul dan mencederakan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd