• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Suarez Buat Penampilan Sulung Untuk Barcelona Sabtu Ini

oleh Ahmad Albab
23/10/2014
dalam Sukan, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

MADRID – Selepas 122 hari, Luis Suarez akan ‘bebas’ semula untuk beraksi dalam pertandingan dan saat dinanti-nantikan itu apabila Barcelona menentang Real Madrid di Santiago Bernabeu, Sabtu ini.

Suarez dikatakan sudah banyak beruhan sejak aksi menggigit bahu pemain Itali, Giorgio Chiellini pada saingan Piala Dunia di Brazil, Jun lalu.

Ketika itu dia dihujani dengan kutukan dan kritikan terutama oleh pengulas sukan dari seluruh dunia sehingga FIFA mengenakan hukuman larangan bermain selama empat bulan kerana aksi itu sudah tiga kali dilakukannya.

Ia turut membawa Suarez menukar kelab dari Liverpool ke Barcelona.

Baru-baru ini, Suarez mengakui pada mulanya beliau bimbang dengan keputusannya meninggalkan Liverpool untuk menyertai Barcelona akan menemui kegagalan, namun kelab Catalan itu tetap melabur AS$127 juta atau 95 juta Euro kerana yakin dengan kewibawaan penyerang Uruguay itu.

“Saya takut mereka (Barcelona) akan menukar fikiran susulan aksi saya itu. Saya sedar ia boleh berlaku.

“Namun ketika itu hubungan sudah dibuat dengan Barca namun ejen mereka, Pere Guardiola hubungi saya dan memberitahu semuanya sudah selesai.

“Saya mula menangis dengan apa yang sudah saya lalui dan dengan keikhlasan yang ditunjukkan Barca untuk saya. Kini tiba masanya saya membayar semula keikhlasan mereka buat saya,” katanya.

Suarez meledak 31 gol Liverpool untuk Liga Perdana Inggeris dan menyaksikan dia dimahkotakan sebagai pemain terbaik di kalangan pemain serta penulis di England. – AFP

Tags: Luis Suarez
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Suarez Akui Tak Kecil Hati Barca Mula Cari Pengganti

01/11/2018
0

PEMAIN Barcelona, Luis Suarez mengakui tidak terkejut seandainya kelab itu sudah mula mencari pengganti dirinya. Malah katanya, dia langsung tidak...

Suarez ‘Mengamuk’ Aibkan Real Madrid

29/10/2018
0

BARCELONA - Barcelona ‘mengganas’ dalam pertembungan Clasico menentang seteru utama, Real Madrid apabila Luis Suarez meledak hatrik untuk membantu pasukannya...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd