• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

PRK K.Kangsar: UMNO Kelantan Hantar 50 Penceramah Bantu Kempen

oleh Ahmad Albab
26/05/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA KANGSAR – Badan Perhubungan UMNO Kelantan akan menghantar 50 penceramah selain jentera untuk mendekati pengundi dalam kempen pilihan raya kecil (PRK) Kuala Kangsar bulan depan.

Pengerusinya Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata penceramah berkenaan antara lain akan berperanan membantu jentera Barisan Nasional (BN) untuk menangkis pelbagai isu yang mungkin ditimbulkan oleh pembangkang.

“Saya difahamkan tiada isu tempatan yang besar di sini selain isu pembangunan dan saya percaya pembangkang akan menimbulkan isu nasional walaupun isu nasional itu saya percaya tidak ada.

Namun begitu kita sedia menghadapi cabaran kerana ia merupakan tanggungjawab kami dan pastinya akan bekerja sungguh-sungguh bagi mempertahankan kerusi Parlimen Kuala Kangsar,” katanya kepada pemberita selepas melawat Rumah Kelantan di Bukit Mercu dekat sini malam tadi.

Mustapa yang juga Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri tidak menafikan PRK Kuala Kangsar dilihat sengit, maka ia menuntut kesungguhan semua pihak dalam BN untuk bekerja keras selain bekerjasama.

Mengenai penceramah dari Kelantan, Mustapa berkata semua yang dipilih itu mempunyai banyak pengalaman pada beberapa PRK di Kelantan.

PRK Kuala Kangsar diadakan berikutan kematian Anggota Parlimennya Datuk Wan Mohammad Khair-il Anuar Wan Ahmad dalam nahas helikopter di Sebuyau, Sarawak, 5 Mei lepas.

Turut terkorban ialah Anggota Parlimen Sungai Besar, Selangor yang juga Timbalan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi Datuk Noriah Kasnon.

Suruhanjaya Pilihan Raya menetapkan PRK Parlimen Kuala Kangsar dan Sungai Besar diadakan serentak pada 18 Jun, manakala penamaan calon pada 5 Jun. – BERNAMA

Tags: PRK Kuala KangsarUMNO
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

PH Dah ‘Meroyan’, Tiba Masa UMNO Keluar Kerajaan Perpaduan – Akmal Saleh

PH Dah ‘Meroyan’, Tiba Masa UMNO Keluar Kerajaan Perpaduan – Akmal Saleh

17/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Sudah sampai masanya untuk UMNO keluar Kerajaan Perpaduan, kata Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr. Muhamad Akmal Saleh....

PRN Johor: PH Dakwa BN Bakal ‘Terkubur’

PRN Johor: PH Dakwa BN Bakal ‘Terkubur’

17/05/2026
0

JOHOR BAHRU - Pakatan Harapan (PH) Johor yakin dapat ‘menguburkan’ Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor akan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd