• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Buku Sang Kancil Menang Anugerah

oleh Ahmad Albab
26/05/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Buku ‘Sang Kancil and The Snail’, satu daripada 10 judul dalam siri ‘The Classic Treasury of Sang Kancil Tales’ terbitan Institut Terjemahan dan Buku Malaysia (ITBM), dipilih sebagai pemenang Hadiah Utama Samsung KidsTime Authors Award (SKTAA).

Karya yang diolah dan diceritakan semula oleh Rahimidin Zahari (Allahyarham) ini diterjemahkan oleh Linda Tan dan Peter Duke ke bahasa Inggeris, manakala ilustrasi dalam buku ini dihasilkan sepenuhnya oleh Jaafar Taib, pengilustrasi terkenal negara.

Pemenang membawa pulang wang tunai SGD$2,000 selain karya tersebut akan diterbitkan dalam bentuk aplikasi yang boleh didapati secara eksklusif menerusi platform mudah alih Samsung KidsTime selama 12 bulan.

Hadiah tersebut disampaikan dalam majlis bertempat di The Pod, Perpustakaan Negara Singapura hari ini berdasarkan penyertaan daripada negara-negara ASEAN.

Menurut kenyataan ITBM majlis yang diadakan bersempena Asian Festival of Childrens Content (AFCC) turut dihadiri Baey Yam Keng, Setiausaha Parlimen, Kementerian Kebudayaan, Komuniti dan Belia Singapura.

SKTAA merupakan inisiatif bersama Majlis Kebangsaan Pembangunan Buku Singapura (NBDCS) dan Samsung Electronics.

Anugerah ini bertujuan menjadikan karya buku bergambar kanak-kanak yang telah atau belum diterbitkan dari rantau ASEAN ditransformasikan dalam aplikasi digital untuk platform Samsung KidsTime. – mStar Online

Tags: Anugerahbuku
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Pemalsuan Anugerah, Gelaran Istiadat: Polis Tahan Lelaki Tempatan

Pemalsuan Anugerah, Gelaran Istiadat: Polis Tahan Lelaki Tempatan

13/11/2025
0

Ipoh: Polis menahan seorang lelaki tempatan berusia 41 tahun yang disyaki terlibat dalam kegiatan pemalsuan anugerah kehormatan dan gelaran istiadat...

Penyelidik FRIM Rangkul Anugerah Penyelidik Wanita Cemerlang

28/05/2022
0

KUALA LUMPUR : Seorang penyelidik wanita di Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM) merangkul Anugerah Penyelidik Wanita Cemerlang daripada Venus International...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd