• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, July 22, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kaki Ditelan Eskalator Di China

oleh Ahmad Albab
26/05/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SHENZHEN (China) – Kaki seorang lelaki tua tiba-tiba ditelan eskalator ketika menaikinya untuk ke tingkat dua sebuah pasar raya di sini.

Menurut NetEase, satu daripada plat logam itu terbuka menyebabkan kaki kiri mangsa terpelosok ke dalam jurang berkenaan.

Pekerja penyelamat bergegas ke tempat kejadian untuk mengeluarkan kakinya. Kerja menyelamat dilakukan dengan berhati-hati menggunakan alat untuk meluaskan jurang antara langkah eskalator sebelum memotong bahagian yang memerangkap kaki lelaki terbabit.

Proses mengerikan itu mengambil masa 40 minit. Bagaimanapun, lelaki itu berjaya dikeluarkan dan dikejarkan ke hospital tempatan di Daerah Bao’an untuk rawatan kecemasan.

Menurut laporan, eskalator itu baru lulus pemeriksaan tahunan enam bulan lalu.

Kemalangan membabitkan eskalator di China bermula sejak Jun lalu apabila seorang ibu bersama anaknya menggunakan eskalator di Hubei.

Ketika kejadian, plat logam itu tiba-tiba menelannya, namun wanita itu sempat menolak anaknya sebelum dia sendiri mati ditelan mesin itu.

Sementara itu, syarikat pengeluar eskalator berkenaan masih belum didedahkan, tetapi netizen menyalahkan kejadian disebabkan standard yang tidak bermutu. – Agensi/myMetro Online

Tags: Chinaeskalator
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Hampir 900 Ekor Ular Termasuk Tedung Berbisa Terlepas Dari Ladang

Hampir 900 Ekor Ular Termasuk Tedung Berbisa Terlepas Dari Ladang

11/07/2026
0

Oleh Mynewshub  BEIJING – Penduduk sebuah kampung di selatan China berdepan ancaman baharu selepas dianggarkan sehingga 900 ekor ular terlepas...

Dakwaan Hina Penduduk China: PDRM Akhirnya Buka Siasatan Tatatertib Terhadap Anggota

Dakwaan Hina Penduduk China: PDRM Akhirnya Buka Siasatan Tatatertib Terhadap Anggota

23/06/2026
0

Oleh Mynewshub  KUALA LUMPUR – Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengesahkan telah membuka kertas siasatan tatatertib terhadap seorang anggotanya yang dikaitkan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd