• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, September 30, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Azmin Marah, Kecewa PAS Enggan Beri Kerjasama

oleh Ahmad Albab
dalam Politik, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KLANG – Menteri Besar Selangor Datuk Seri Mohamed Azmin Ali marah dan kecewa kerana PAS enggan bekerjasama dalam strategi kerajaan negeri untuk memenangi Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Sungai Besar yang akan datang.

Menurut sumber PKR, kepimpinan tertinggi PAS tetap berdegil walaupun Azmin menjelaskan secara terperinci bahawa kepentingan parti Islam itu akan terus dilindungi.

“Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang menegaskan PAS tetap akan bertanding walaupun dimaklumkan PKR mempunyai peluang lebih baik untuk memenangi kerusi itu,” kata sumber itu.

Jelas sumber itu lagi, Pesuruhjaya PAS Selangor Datuk Iskandar Abdul Samad yang berunding dengan Azmin juga gagal meyakinkan Hadi, menyebabkan rundingan tersebut menemui jalan buntu.

Ketika dihubungi, setiausaha politik Azmin, Mat Shuhaimi Shafiei bagaimanapun yakin ia akan diselesaikan kerana masih ada masa sebelum hari penamaan calon pada 5 Jun ini.

Kerusi Parlimen Sungai Besar kosong selepas penyandangnya, Datuk Noriah Kasnon terbunuh dalam nahas helikopter terhempas di Sarawak pada 5 Mei lalu.

Kawasan parlimen itu mempunyai 33 peratus pengundi Cina manakala 1.9 peratus lagi pengundi India. – mStar Online

Tags: Azmin AliPAS
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

PAS Rakam Takziah Pemergian Tun Dr Siti Hasmah, Kehilangan Dirasai Rakyat Malaysia

PAS Rakam Takziah Pemergian Tun Dr Siti Hasmah, Kehilangan Dirasai Rakyat Malaysia

28/09/2026
0

KUALA LUMPUR - PAS merakamkan ucapan takziah kepada bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dan keluarga atas pemergian isterinya,...

BN Bincang Kemungkinan PAS Guna Lambang Dacing Dalam PRN Melaka

BN Bincang Kemungkinan PAS Guna Lambang Dacing Dalam PRN Melaka

27/09/2026
0

KUALA LUMPUR - Barisan Nasional (BN) akan membincangkan kemungkinan PAS menggunakan lambang dacing pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka. Pengerusinya,...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd