• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, August 16, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

KPM Sasar Kurangkan Kadar Keciciran Sekolah Pelajar India

oleh Ahmad Albab
25/05/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) komited untuk mengekalkan kadar keciciran yang rendah dalam kalangan pelajar India dengan memastikan mereka meneruskan pembelajaran di sekolah.

Dalam hal ini, Timbalan Menteri Pendidikan Datuk P. Kamalanathan berkata kementerian akan menjejaki perkembangan setiap pelajar India.

“Kami mahu beritahu semua pelajar ini bahawa pendidikan adalah satu-satunya cara untuk mereka maju di negara ini, jadi kami akan mengawal kadar keciciran melalui sistem pemantauan.

“Malah mereka yang keciciran ini, kami mahu mereka mendapat pendidikan semula dengan mengikuti pelbagai latihan vokasional dan mendapat kemahiran yang diperlukan.

“Kami mahu mereka tahu kepentingan mempunyai kemahiran dan pendidikan,” katanya kepada Bernama sempena ‘Malaysian Indian Education Roadshow’ (Minder) di ibu pejabat MIC, semalam.

Mengenai kadar 10.6 peratus pelajar India yang telah mendaftar untuk memasuki pelbagai politeknik tahun lepas, Kamalanathan berkata beliau gembira tetapi percaya lebih banyak usaha yang perlu dilakukan untuk mencapai peratusan yang lebih tinggi.

“Saya gembira, tetapi masih belum berpuas hati. Saya akan lebih gembira jika bilangannya adalah 6,000 pelajar bukan 2,000 ditempatkan di politeknik,” katanya.

Ditanya mengenai reaksi masyarakat India mengenai Minder yang dilancarkan tahun lepas dan berjaya mendekati 15,000 pelajar, beliau berkata tahun ini masih belum menggalakkan.

Bagaimanapun beliau berkata program itu telah mencatatkan kejayaan. – BERNAMA

Tags: KPMMasyarakat India
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Mengapa Lencana Jalur Gemilang Boleh Diberi Percuma? Baju Sekolah Tak Boleh? – Albert Tei

Mengapa Lencana Jalur Gemilang Boleh Diberi Percuma? Baju Sekolah Tak Boleh? – Albert Tei

09/08/2026
0

KUALA LUMPUR - Ahli perniagaan, Albert Tei mengkritik kemudahan bayaran ansuran pakaian seragam sekolah yang dikatakan untuk meringankan golongan ibu...

PMX Anwar Pamer Bakat Menari Ala MGR

PMX Anwar Pamer Bakat Menari Ala MGR

30/07/2026
0

SEREMBAN - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim bukan sahaja pandai berpidato meyakinkan rakyat, malah memiliki bakat terpendam menari ala...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd