• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Koleksi ‘Baju Raya’ Ariani Dijual Mulai Hari Ini

oleh AK-47
25/05/2016
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

BAGI memenuhi citarasa pelanggan sempena Aidilfitri yang bakal tiba tidak lama lagi, galeri muslimah Ariani memperkenalkan 100 rekaan hijab terbaharu menerusi dua koleksi, iaitu Ariani Stockist X Siti Nurhaliza dan Ariani Lebaran 2016.

Koleksi Ariani Stokist X Siti Nurhaliza menampilkan tiga elemen penting iaitu exclusivity, modesty dan contemporary agar rekaan boleh disesuaikan dengan pelbagai majlis dan acara.

Walau bagaimana pun, koleksi kerjasama Ariani bersama penyanyi No.1 Malaysia ini hanya boleh didapati secara eksklusif melalui stokis berdaftar Ariani di seluruh dunia dan tidak terdapat di mana-mana cawangan galeri milik Jakel Trading Sdn. Bhd.

Koleksi Ariani Lebaran 2016 pula menampilkan corak segar sebagai motif yang diilhamkan dari dasar lautan, bunga bungaan dan cetakan abstrak.

Koleksi 'Baju Raya' Ariani Dijual Mulai Hari Ini

Menurut Pengarah Pemasaran Ariani Textiles & Manufacturing (M) Datin Farah Faryani, kesemua koleksi Ariani Lebaran 2016 pasti meninggakan nostalgia dan memberi pengalaman penggayaan hijab  yang penuh nilai ekslusif tatkala menyambut lebaran.

“Kami menyediakan rekaan selendang sehinggalah pilihan instant, di mana pelbagai warna dan corak yang segar boleh didapati. Selain itu, terdapat juga rekaan hijab yang kami perhiaskan lagi dengan Swarovski dan renda berkualiti tinggi.

“Orang ramai boleh mendapatkan koleksi kami pada harga berpatutan bermula RM69,” katanya yang ditemui selepas pertunjukan fesyen Ariani Lebaran 2016 di Kuala Lumpur, semalam.

Material yang digunakan untuk koleksi kali ini kebanyakannya fabrik cifon dan satin crepe yang bermutu tinggi.

Sempena kedatangan bulan Ramadan beberapa hari lagi, Ariani tidak ketinggalan memperkenalkan koleksi Tarawih Telekung Ariani X Siti Nurhaliza. Telekung yang diperbuat daripada material berkualiti tinggi ini berbeza daripada rekaan terdahulu kerana ianya dijahit mengikut bentuk muka si pemakai.

Koleksi 'Baju Raya' Ariani Dijual Mulai Hari Ini
Koleksi Tarawih Telekung Ariani X Siti Nurhaliza.

Selain itu, Ariani turut memperkenalkan koleksi ready-to-wear buat Aidilfitri.

Mengangkat tema Glam Lebaran, Ariani menampilkan 42 koleksi ready-to-wear dengan pelbagai seni cetak warna pastel dan segar yang mampu menyerlahkan pemakainya.

Ariani turut menghasilkan koleksi plus size seiring dengan kehendak pelanggan.

Koleksi 'Baju Raya' Ariani Dijual Mulai Hari Ini
Koleksi plus size ready-to-wear Ariani Lebaran 2016.

Koleksi ready-to-wear lebaran tahun ini dijual pada harga  bermula RM179 dan boleh didapati bermula hari ini, serentak dengan promosi ‘Jualan Murah Pra-Ramadan’ di Galeri Ariani seluruh Malaysia.

Pada majlis semalam, Datuk Siti Nurhaliza selaku Ikon Ariani 2016 turut menghiburkan penonton dengan lagu berjudul Aku Wanita.

Ariani turut memperkenalkan Ikon Ready-To-Wear iaitu Bella Dally, manakala Ikon Lebaran 2016 adalah Ayda Jebat.

Majlis turut dihadiri isteri Timbalan Perdana Menteri, Datin Seri Dato’ Seri Hamidah Khamis, ‘Iron Lady’ Malaysia Datuk Maznah Hamid dan beberapa selebriti terkenal tanah air. – MYNEWSHUB.CC

Koleksi 'Baju Raya' Ariani Dijual Mulai Hari Ini
Ikon Ariani Lebaran 2016, Ayda Jebat.

Tags: Arianitudung
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Pengasas Bawal Exclusive Beri Amaran Pihak Ciplak Tudung

12/09/2019
0

KUALA LUMPUR - Syarikat hijab mewah tempatan, Bawal Exclusive Sdn. Bhd. (Bawal Exclusive) memberi amaran akan mengambil tindakan undang-undang kepada...

Tudung Merdeka Trend Raikan Sambutan Hari Kebangsaan

20/08/2019
0

SHAH ALAM - Trend tudung bercorak bendera Malaysia dan bunga raya antara tarikan baharu terdapat di pasaran sempena Hari Kebangsaan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd