• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, October 7, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

PAS Umum Calon PRK Sungai Besar, Kuala Kangsar Jumaat

oleh Ahmad Albab
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – PAS akan mengumumkan senarai calonnya yang akan bertanding pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Sungai Besar, Selangor dan Parlimen Kuala Kangsar, Perak, pada Jumaat ini.

Naib Presiden PAS, Idris Ahmad berkata keputusan itu masih di peringkat perbincangan dan belum dimuktamadkan kerana PAS perlu mengambil pandangan beberapa individu di dalam parti sebelum membuat keputusan.

“Kedua-dua kerusi berkenaan adalah kerusi tradisi PAS dan keputusan PAS untuk bertanding di situ tidak sepatutnya dipertikaikan, kita akan umum calon 27 Mei ini,” katanya ketika ditemui pemberita di lobi Parlimen di sini, hari ini.

Diminta mengulas mengenai laporan yang mengatakan PAS menjadi punca mesyuarat Pakatan Harapan bagi membincangkan isu PRK ditangguhkan, Idris berkata pihaknya tiada kena mengena mengenai apa yang berlaku di dalam pakatan berkenaan.

“Mereka yang tidak dapat kata sepakat kenapa kami yang dipersalahkan? Menurut saya itu merupakan satu tanggapan yang tidak betul,” katanya yang juga Anggota Parlimen Bukit Gantang.

Pilihan raya kecil itu diadakan berikutan kematian Anggota Parlimen Kuala Kangsar, Datuk Wan Mohammad Khair-il Anuar Wan Ahmad dan Anggota Parlimen Sungai Besar, Datuk Noriah Kasnon dalam nahas helikopter di Sebuyau, Sarawak 5 Mei lepas. – BERNAMA

Tags: PASPRK Kuala KangsarPRK Sungai Besar
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

‘Qunut Nazilah Makan Diri’ – Ketua Pengarah J-KOM

‘Qunut Nazilah Makan Diri’ – Ketua Pengarah J-KOM

06/10/2026
0

KUALA LUMPUR – Ketua Pengarah Jabatan Komunikasi Komuniti (J-KOM), Mohd Hisyamuddin Ghazali menyindir kemelut yang melanda PAS dan BERSATU dengan...

PAS Tolak Perjuangan PH Didominasi DAP

PAS Tolak Perjuangan PH Didominasi DAP

01/10/2026
0

KUALA LUMPUR - PAS menolak perjuangan Pakatan Harapan (PH) didominasi DAP kerana didakwa berpegang kepada prinsip sekular iaitu memisahkan politik...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd