• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, August 13, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Polis Selangor Buru Seorang Lagi Suspek Kes Samun & Rogol

oleh Ahmad Albab
24/05/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SHAH ALAM – Polis Selangor sedang menjejaki seorang lagi suspek yang dipercayai terlibat dalam kejadian samun dan rogol di Seksyen 6, Petaling Jaya, pada 6 Mei lepas.

Ketua Polis Selangor, Datuk Abdul Samah Mat berkata pihaknya telah mengenal pasti identiti lelaki berusia lingkungan 30-an itu dan sedang mempergiatkan usaha bagi mengesan suspek.

“Pemburuan suspek adalah susulan daripada penahanan dua rakan suspek (lelaki) sebelum ini dan siasatan menunjukkan mereka bertanggungjawab dalam kejadian tersebut,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Pemakaian Pangkat Pegawai Kanan Polis Kontinjen Selangor di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor, di sini, hari ini.

Mengulas mengenai satu rakaman video yang mula tersebar di laman media sosial baru-baru ini, yang merakamkan sekumpulan lelaki melarikan diri menaiki kereta Perodua Myvi dengan membawa barangan curi, Abdul Samah berkata pihaknya tidak menerima laporan berhubung rakaman itu dan akan menyiasat sekiranya rakaman tersebut mempunyai kaitan dengan kes berkenaan.

Dalam kejadian itu, seorang wanita berusia 26 tahun menjadi mangsa rogol dan samun apabila rumahnya dimasuki sekumpulan lelaki kira-kira pukul 8 pagi.

Ketika kejadian, mangsa sedang bersiap untuk keluar bekerja sebelum didatangi kumpulan itu yang menaiki sebuah kereta jenis Perodua Myvi.

Suspek turut dilaporkan melarikan diri dengan barang berharga milik mangsa bernilai kira-kira RM100,000. – BERNAMA

Tags: kes rogolpolis
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Insya-Allah 90% Anggota Tentera, Polis Sokong BN Seperti PRN Johor – Asyraf Wajdi

Insya-Allah 90% Anggota Tentera, Polis Sokong BN Seperti PRN Johor – Asyraf Wajdi

28/07/2026
0

SEREMBAN – Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki mengucapkan selamat mengundi kepada semua anggota keselamatan yang menunaikan tanggungjawab...

Undilah Dengan Hati Nurani, Onn Hafiz Mohon Sokongan Anggota Keselamatan Pada 7 Julai

Undilah Dengan Hati Nurani, Onn Hafiz Mohon Sokongan Anggota Keselamatan Pada 7 Julai

05/07/2026
0

JOHOR BAHRU - Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi memohon kepada anggota tentera, polis dan seluruh warga pasukan keselamatan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd