• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 23, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Sambutan Deepavali Dicemari Simbahan Cat Kuning

oleh Ahmad Albab
23/10/2014
dalam Jenayah
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Keriangan seorang guru untuk menyambut Deepavali bersama keluarga bertukar muram apabila tiga kereta miliknya disimbah cat kuning dipercayai angkara khianat oleh individu tidak bertanggungjawab, di Seksyen 6, Bandar Sungai Long, Kajang, hari ini.

N. Rajaletchumi, 43, guru di sebuah sekolah rendah di Kajang berkata kejadian itu hanya disedari pembantu rumahnya yang hendak mengemas kawasan luar rumah pada 7 pagi tadi.

“Sebaik sahaja keluar, pembantu rumah saya mendapati tiga kereta Perodua Myvi, Viva dan Toyota Avanza keluarga saya telah disimbah cat kuning yang mengenai bahagian but dan cermin belakang kenderaan itu.

“Percikan cat kuning itu mengenai hampir separuh ketiga-tiga kereta keluarga saya dan kini kami sedang membersihkannya,” katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

Rajaletchumi berkata, hasil rakaman kamera litar tertutup (CCTV) mendapati perbuatan itu dilakukan dua lelaki tidak dikenali yang menunggang motosikal dan bertindak menyimbah cat pada 4.57 pagi tadi.

“Hasil rakaman CCTV, saya melihat ada dua lelaki tidak dikenali menunggang motosikal, memakai jaket dan topeng muka menyimbah cat,” katanya.

Katanya, perbuatan khianat seumpama itu pernah berlaku di kawasan perumahan mereka sejak 2012 dan sebelum ini terdapat kenderaan penduduk di kawasan itu pernah dibakar dan disimbah cat.

Rajaletchumi berkata beliau telah membuat laporan mengenai kejadian itu di Ibu Pejabat Polis Daerah Kajang. – BERNAMA

Tags: Deepavali
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

‘Saya Nampak Sendiri Orang Hilang 5 Jari’

‘Saya Nampak Sendiri Orang Hilang 5 Jari’

20/10/2025
0

KULIM: "Deepavali kali ini sepatutnya menjadi pesta cahaya, tapi bertukar jadi tragedi kerana bunga api," kata R Pasupathi, 74. Mangsa...

Hadiah Deepavali Buat Pekebun Bebas Tuduhan Bunuh Ibu Saudara

Hadiah Deepavali Buat Pekebun Bebas Tuduhan Bunuh Ibu Saudara

05/11/2024
0

SEREMBAN - Seorang pekebun yang dilepas dan dibebaskan oleh Mahkamah Tinggi di sini pada Selasa atas pertuduhan membunuh ibu saudaranya...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd