• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, April 26, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kebanyakan Kes Bankrap Pada 2014 & 2015 Akibat Pinjaman Peribadi

oleh Ahmad Albab
24/05/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Kebanyakan kes bankrap pada tahun 2014 dan 2015 berlaku disebabkan masalah pinjaman peribadi, kata Timbalan Menteri Kewangan Datuk Chua Tee Yong.

Katanya masalah sewa beli kenderaan juga menjadi punca seseorang individu bankrap.

“Mengikut statistik kes kebankrapan daripada 2011 hingga 2015, isu kebankrapan kategori paling tinggi adalah akibat kedua-dua masalah itu,” katanya pada persidangan Dewan Rakyat di sini, hari ini.

Beliau menjawab soalan tambahan Datuk Datu Nasrun Datu Mansur (BN-Silam) yang ingin tahu langkah kerajaan mengawal penggunaan kad kredit dalam kalangan generasi muda bagi mengelak muflis.

Chua berkata sebanyak 18,457 kes bankrap dilaporkan pada 2015.

Menjelaskan mengenai hutang kad kredit, Chua berkata bagi mengawal penggunaan kad itu, Bank Negara Malaysia (BNM) menetapkan syarat tertentu antaranya perlu mematuhi pendapatan minimum RM24,000 setahun.

“Malah, statistik menunjukkan kadar kelulusan permohonan kad kredit bukan 80 peratus, sebaliknya ia antara 50 hingga 60 peratus sahaja,” katanya.

Menjawab soalan asal Datu Nasrun mengenai inisiatif kerajaan memastikan jumlah hutang isi rumah adalah terkawal, Chua berkata BNM melaksanakan pelbagai langkah progresif bagi membendung kenaikan hutang isi rumah sejak 2010.

Selain itu, katanya, turut dilaksanakan adalah Program Pengurusan Wang Ringgit Anda (POWER) dan program Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK) untuk mempertingkatkan kesedaran dan kemahiran pengurusan kewangan.

Menurut Chua sehingga akhir tahun lepas, jumlah hutang isi rumah di negara ini adalah sebanyak RM1,030 bilion dengan 80 peratus daripada sistem perbankan dan 20 peratus daripada institusi kewangan bukan bank, merangkumi 89.1 daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK).

“Daripada jumlah itu, 62.6 peratus adalah untuk pengumpulan aset iaitu pembelian harta tanah dan pelaburan dalam aset kewangan,” katanya. – BERNAMA

Tags: Datuk Chua Tee Yongmuflis
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Ops Sky: Ramai Penjawat Awam Bakal Berstatus Muflis – KP MDI

Ops Sky: Ramai Penjawat Awam Bakal Berstatus Muflis – KP MDI

08/03/2025
1

KUALA LUMPUR: Lebih ramai penjawat awam bakal tersenarai dalam status bankrap selepas satu sindiket perundingan kewangan ditumpaskan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah...

Keluarga Altantuya Mohon Perintah Isytihar Razak Baginda Muflis

Keluarga Altantuya Mohon Perintah Isytihar Razak Baginda Muflis

29/08/2024
0

Keluarga mangsa pembunuhan Altantuya Shaariibuu memfailkan permohonan supaya mahkamah mengisytiharkan Abdul Razak Baginda sebagai muflis selepas dia gagal membayar RM9.2...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd