• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

43 Askar Pengaman PBB Ditawan Militan Syria

oleh AK-47
30/08/2014
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PERTUBUHAN BANGSA-BANGSA BERSATU (PBB) – Kumpulan militan yang memerangi tentera Syria menahan seramai 43 anggota tentera pengaman PBB di Bukit Golan yang dikuasai Israel dan mengepung 81 lagi di kawasan berkenaan, menurut badan dunia itu kelmarin.

Jurucakap PBB, Stephane Dujarric berkata, semua askar pengaman yang terjejas itu berasal dari Filipina dan Fiji.
a
“Ketika pertempuran antara kumpulan militan dan tentera Syria di Bukit Golan semakin sengit sejak Selasa lalu, seramai 43 askar Pasukan Pemerhati Pengunduran PBB (UNDOF) ditahan awal pagi ini (kelmarin) oleh sebuah kumpulan bersenjata di kawasan Al-Qunaytirah,” katanya dalam satu kenyataan.

Menurutnya, sejumlah 81 askar pengaman UNDOF yang lain kini dikepung di kedudukan mereka di sekitar Ar Ruwayhinah dan Burayqah.

“Sebanyak 81 askar terkepung itu berasal dari Filipina manakala 43 yang ditawan terdiri daripada anggota tentera Fiji,” tambah Dujarric.

Menurut kenyataan sama, PBB kini melakukan semua usaha untuk membebaskan mereka yang ditawan selain memastikan anggota tentera UNDOF bebas bergerak untuk melaksanakan tugas.

Kawasan yang dikawal askar UNDOF itu melibatkan lintasan Al-Qunaytirah di Bukit Golan. Lokasi berkenaan dan bukit tersebut ditawan Israel semasa perang Asia Barat pada tahun 1967.

Secara teknikal, Syria dan Israel masih lagi berperang sehingga sekarang.

Tentera Syria tidak dibenarkan memasuki kawasan penampan di Bukit Golan di bawah satu gencatan senjata yang dipersetujui pada tahun 1973.

Zon penampan itu sepanjang 70 kilometer bermula dari Gunung Hermon di sempadan Lebanon dan berakhir di Sungai Yarmouk, sempadan Jordan.

Terdapat seramai 1,223 anggota pengaman UNDOF dari enam negara bertugas di Bukit Golan. – Reuters

 

Tags: MilitanPBB
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

ASEAN: PBB Puji Dasar Luar Malaysia Dalam Isu Hak Rakyat Palestin

ASEAN: PBB Puji Dasar Luar Malaysia Dalam Isu Hak Rakyat Palestin

27/10/2025
0

ASEAN: Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa Bangsa Bersatu (PBB), Antonio Guterres, memuji dasar luar Malaysia yang konsisten dan tidak berat sebelah...

Malaysia Akan Bincang Dengan Trump Usaha Desak Sidang Khas PBB Mengenai Gaza

Malaysia Akan Bincang Dengan Trump Usaha Desak Sidang Khas PBB Mengenai Gaza

22/10/2025
0

KUALA LUMPUR: Malaysia akan memanfaatkan pertemuan dengan Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump yang mengesahkan kehadirannya pada Sidang Kemuncak ASEAN...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd