• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, August 16, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Polis Berkas Lima Anggota ‘Geng Syahrul Perling’

oleh Ahmad Albab
23/05/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

JOHOR BAHARU – Polis berjaya menahan lima anggota ‘Geng Syahrul Perling’ yang aktif menjalankan kegiatan samun jalanan melalui dua serbuan di sini pada Khamis dan awal pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Johor Baharu Utara ACP Mohd Taib Ahmad berkata kelima-lima suspek berusia antara 19 dan 21 tahun itu ditahan secara berasingan pada pukul 4.50 petang Khamis dan 2.50 pagi tadi di dua buah rumah di Taman Tampoi Indah, Tampoi dan Taman Perling di sini.

Menurutnya, hasil serbuan, polis merampas pelbagai barangan termasuk 43 telefon bimbit, tiga buah kenderaan, sepucuk pistol tiruan, sebatang kayu besbol serta sebilah pisau dan parang yang dipercayai diguna dan diperoleh suspek sepanjang kegiatan itu.

Selain itu, polis turut menemui dua peket plastik yang mengandungi daun-daun kering disyaki ganja daripada dua suspek, kata Mohd Taib dalam kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata kesemua mereka aktif melakukan samun di kawasan Iskandar Malaysia sejak pertengahan tahun lalu dengan menjadikan warga asing yang berjalan kaki sebagai sasaran.

Kumpulan ini juga bergerak secara bersama dengan menaiki sebuah kenderaan untuk mencari warga asing, kemudian menyamun wang tunai serta telefon bimbit mangsa.

“Dengan tertangkapnya kumpulan ini, polis percaya dapat menyelesaikan kira-kira 20 kes samun jalanan terhadap warga asing di kawasan Iskandar.

“Polis kini dalam usaha memburu dua lagi rakan mereka yang masih bebas,” katanya dan menambah kesemua suspek ditahan reman sehingga 25 dan 26 Mei untuk siasatan di bawah pelbagai akta termasuk Seksyen 36 Akta Senjata 1960. – BERNAMA

Tags: penjenayahpolis
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Insya-Allah 90% Anggota Tentera, Polis Sokong BN Seperti PRN Johor – Asyraf Wajdi

Insya-Allah 90% Anggota Tentera, Polis Sokong BN Seperti PRN Johor – Asyraf Wajdi

28/07/2026
0

SEREMBAN – Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki mengucapkan selamat mengundi kepada semua anggota keselamatan yang menunaikan tanggungjawab...

Undilah Dengan Hati Nurani, Onn Hafiz Mohon Sokongan Anggota Keselamatan Pada 7 Julai

Undilah Dengan Hati Nurani, Onn Hafiz Mohon Sokongan Anggota Keselamatan Pada 7 Julai

05/07/2026
0

JOHOR BAHRU - Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi memohon kepada anggota tentera, polis dan seluruh warga pasukan keselamatan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd