• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, June 13, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

GAMBAR: Artis Malaysia Dah Lama Cetus Kontroversi Pasal Anjing..

oleh AK-47
24/10/2014
dalam Artis, Hangat
0
Share on FacebookShare on Twitter

SEJAK kebelakangan ini, topik memegang anjing menjadi perdebatan utama di Malaysia.

Semuanya gara-gara penganjuran program I Want To Touch A Dog yang diadakan Ahad lepas di sebuah taman rekreasi di Bandar Utama.

Program terbabit mencetuskan perdebatan hangat di kalangan umat Islam di mana ada yang menyifatkan aktiviti seumpama ini sengaja diada-adakan bagi membangkitkan kemarahan orang Islam di Malaysia.

Hakikatnya, isu memegang anjing serta menjadikan anjing sebagai haiwan peliharaan di kalangan selebriti tempatan sudah ditimbulkan sejak dahulu lagi malah sebilangan artis teruk dikecam peminat gara-gara membela serta memegang anjing yang tergolong sebagai najis berat atau mughallazah.

Antara artis yang pernah menimbulkan kontroversi bergambar dengan anjing ialah Nanu Baharuddin, Sharifah Sofia, Din ahli kumpulan Estranged, Adira Suhaimi dan Baby Erin daripada kumpulan Res2.

dog6

dog5

dog4

dog2

dog3

dog1

dog

Bagaimana pun, gambar di atas adalah kontroversi lama malah beberapa artis terlibat seperti Adira dan Sharifah Sofea pada hari ini sudah pun berhijrah menjadi muslimah yang lebih baik apabila memilih untuk berhijab, alhamdulillah.

Sememangnya, Islam tidak melarang penganutnya menyentuh anjing jika bersebab tetapi jikalau niat sekadar untuk suka-suka apatah lagi menjadikan anjing haiwan peliharaan, maka hukumnya jelas dilarang.

Seelok-eloknya jika hendak melakukan perkara yang diragui daripada segi hukum agama, apa kata bertanya dahulu pada mereka yang lebih arif dan pakar mengenainya jadi tidaklah akidah serta pegangan agama kita terpesong.

Tujuan entri ini ditulis bukanlah untuk menuding kesalahan terhadap mana-mana pihak tetapi sekadar renungan untuk kita sama-sama renung dan fikir-fikirkan. – MYNEWSHUB.CC

Tags: myArtispelakonselebriti
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Pelakon Jalil Hamid Meninggal Dunia Pada Usia 69 Tahun

Pelakon Jalil Hamid Meninggal Dunia Pada Usia 69 Tahun

04/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Pelakon, penyanyi dan pelawak tanah air, Jalil Hamid, 69, meninggal dunia dalam tidur di rumahnya tengah hari...

Pelakon Veteran Dharma Harun Al Rashid Meninggal Dunia

Pelakon Veteran Dharma Harun Al Rashid Meninggal Dunia

26/11/2025
0

KUALA LUMPUR – Pelakon era 1980-an, Dharma Harun Al Rashid, meninggal dunia berseorangan di kediamannya pada jam 9.10 malam, Selasa....

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd