• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 22, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

ANIH Anjur Pertandingan Kewartawanan Media Pahang

oleh Ahmad Albab
23/05/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUANTAN – Syarikat pemegang konsesi Lebuhraya Pantai Timur (LPT), ANIH Berhad buat julung kalinya akan menganjurkan hadiah kewartawanan LPT khusus untuk media Pahang.

Pengarahnya Nik Fauzi Nik Hussein berkata pertandingan itu bermula pada Jun hingga Disember ini dan akan dinilai juri profesional pada awal tahun hadapan sebelum keputusannya diumumkan pada April 2017.

“Objektif utamanya adalah untuk mengiktiraf media Pahang yang bukan hanya berperanan sebagai penyebar maklumat berkaitan LPT, tetapi juga mempunyai tanggungjawab dan amanah penting bagi menyuburkan nilai positif mengenai peranan LPT kepada pengguna.

“Pertandingan ini juga bertujuan untuk menyokong dan menggalakkan wartawan Pahang meneroka nilai komersial LPT yang jarang diketahui umum dengan menghasilkan berita, artikel, dokumentari yang menarik dan membina,” katanya.

Nik Fauzi berkata demikian semasa berucap pada program tahunan Majlis Makan Malam dan Penyampaian Hadiah bersama media Pahang di sini malam tadi, yang disertai lebih 200 pengamal media dan kakitangan ANIH Berhad.

Mengulas lanjut, Nik Fauzi berkata pertandingan itu terbuka kepada semua pengamal media cetak dan elektronik di Pahang dan melibatkan tujuh kategori termasuk hadiah utama yang akan menerima wang tunai, sijil dan trofi piala pusingan.

Kategori lain ialah Laporan Berita LPT Cemerlang, Penulisan Rencana LPT Cemerlang, Kewartawanan Foto LPT Cemerlang, Berita Televisyen LPT Cemerlang, Dokumentari LPT Cemerlang dan Laporan Rancangan Radio LPT Cemerlang.

Pada majlis sama, Nik Fauzi turut menyampaikan sumbangan dana sebanyak RM5,000 ANIH Berhad kepada Kelab Rekreasi dan Kebajikan Media Pahang serta sijil penghargaan kepada bekas ketua-ketua biro media Pahang. – BERNAMA

Tags: Anih Berhadmedia
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Tunku Mahkota Ismail Bangga JDT Dapat Perhatian Meluas Media Antarabangsa

Tunku Mahkota Ismail Bangga JDT Dapat Perhatian Meluas Media Antarabangsa

26/03/2026
0

JOHOR BAHRU – Kelab gergasi bola sepak tanah air, Johor Darul Ta’zim (JDT) kini mendapat perhatian meluas media asing selepas...

Istana Arau Jadi Tumpuan Media, Menanti Istiadat Angkat Sumpah MB Baharu

Istana Arau Jadi Tumpuan Media, Menanti Istiadat Angkat Sumpah MB Baharu

28/12/2025
0

ARAU - Istana Arau di sini menjadi tumpuan pengamal media, dipercayai bagi membuat liputan istiadat mengangkat sumpah jawatan Menteri Besar Perlis...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd