• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 22, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Edra Bina Loji Tenaga Solar Bernilai RM400 Juta Di Kedah

oleh Ahmad Albab
22/05/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Pelaburan terbesar di Kedah bakal menjadi kenyataan dengan loji tenaga solar bernilai RM400 juta oleh Edra Power Holdings Sdn Bhd.

Loji yang terletak di Kuala Ketil itu akan menjadikan tanah pertanian sebelum ini kepada tapak perindustrian dan menyokong taman perindustrian yang terdapat di Kulim, kata Presiden dan Pengarah Eksekutif Edra Datuk Mark Ling.

“Kepentingan mempunyai loji solar di Kedah adalah ia dapat menempatkan ladang panel solar 50MWAC yang pertama dan akan menjadi terbesar di Malaysia,” katanya kepada Bernama.

Edra, diambil alih oleh General Nuclear Power Corp, China dengan nilai RM9.83 bilion baru-baru ini — pelaburan asing tunggal terbesar di Malaysia — gembira untuk berkongsi pengalaman luas kumpulan itu di Malaysia seperti dalam skim tenaga boleh diperbaharui yang besar, katanya.

“Loji tenaga solar itu juga untuk memenuhi dasar campuran bahan api kerajaan, iaitu perlu ada campuran arang batu dan gas dan mungkin hidro sejajar dengan usaha untuk mengurangkan kesan pelepasan karbon,” katanya.

Ling menyifatkan solar, tenaga boleh diperbaharui, sebagai program tenaga boleh diperbaharui yang paling sesuai di negara ini.

Kerajaan melalui Suruhanjaya Tenaga telah menyediakan semua garis panduan dan proses untuk membida campuran tenaga boleh diperbaharui yang akan dilaksanakan, tenaga boleh diperbaharui yang berterusan setiap tahun, setengah tahun berdasarkan segmen berlainan negara untuk dilaksanakan dan tanah menjadi faktor penting.

Ling berkata Kedah yang mempunyai banyak tanah rata di tempat yang sesuai terbukti menjadi lokasi untuk loji solar berbanding negeri lain seperti Kelantan dan Terengganu yang lebih berbukit.

“Kestabilan tanah amat penting. Oleh itu, Kedah dan Perlis adalah pilihan pertama,” katanya.

Beliau memuji kerajaan negeri Kedah atas sokongan yang amat menggalakkan kepada program Edra terutamanya dari segi penukaran tanah seluas 200 ekar (80 hektar) untuk projek itu.

Kewujudan loji itu juga dijangka memberi rangsangan yang besar kepada tahap perindustrian negeri selain kenyataan tenaga hijau Suruhanjaya Tenaga dan program hijau Malaysia.

Ling berkata loji itu juga akan meningkatkan pembangunan tempatan di kawasan tersebut untuk masyarakat seperti menyediakan peluang pekerjaan dan kesan limpahan yang lain.

“Ia juga akhirnya akan menjadikan banyak tanah pertanian di negeri itu kepada tanah perindustrian. Selain daripada pelaburan pembangunan tanah, juga ternyata penduduk berpindah untuk menetap di Kedah kerana akan terdapat perniagaan diwujudkan daripada peluang pekerjaan,” katanya. – BERNAMA

Tags: tenaga solar
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Malaysia Tempatkan Ladang Solar Terbesar Intel Di Luar AS

22/04/2021
0

KUALA LUMPUR - Operasi Intel di Malaysia kini memanfaatkan tenaga solar untuk membantu menjana tenaga bagi enam bangunannya di Kulim,...

Lebih 500 Rumah Bakal Nikmati Bekalan Elektrik Hibrid Solar

10/08/2018
0

SIPITANG - Lebih 500 rumah daripada tujuh kampung di sini, bakal menikmati bekalan elektrik apabila projek bekalan elektrik luar bandar...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd