• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Jadi Punca Jalan Jem, 3 ‘Driver’ Datuk Seri Ditahan

oleh AK-47
23/05/2016
dalam Hangat, Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Tiga pemandu orang kenamaan (VIP) ditahan kerana menghalang kenderaan sehingga menyebabkan keadaan trafik sesak di Lebuhraya Connaught di sini, semalam.

Ketua Polis Trafik Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Nazri Hussain berkata, ketiga-tiga pemandu yang berusia antara 27 dan 35 tahun itu ditahan oleh pasukan polis yang membuat rondaan di Plaza Tol Lama menghala ke Petaling Jaya pada pukul 1.15 tengah hari tadi.

Beliau berkata, salah seorang pemandu terbabit yang berusia 31 tahun memandu kereta jenis Bentley ditahan kerana gagal mengemukakan lesen senjata api selepas polis menemui sepucuk pistol jenis Beretta beserta 10 butir peluru yang diselitkan pada bahagian pinggangnya.

“Mereka bertindak menghalang pemandu kenderaan lain supaya memberikan laluan kepada dua buah kereta majikan mereka bersama sebuah kereta jenis Proton Inspira yang mengiringi kereta terbabit dengan dilengkapi lampu arah berwarna biru dan memasang bunyi siren,” katanya dalam kenyataan di sini, malam ini.

Nazri berkata hasil pemeriksaan mendapati kereta jenis BMW, Proton Inspira, dan Bentley, yang membawa empat penumpang terdiri daripada ahli perniagaan bergelar Datuk Seri itu, bukan didaftarkan sebagai kenderaan milik kerajaan.

Menurutnya, ketiga-tiga kenderaan itu dibawa ke Balai Polis Trafik Kuala Lumpur untuk tindakan lanjut manakala kesemua penumpang terbabit dibebaskan.

Katanya kes disiasat di bawah Seksyen 170 Kanun Keseksaan kerana menyamar sebagai penjawat awam. – BERNAMA

Tags: Datuk Serimenyamar
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Datuk Seri Antara 4 Individu Kemuka Tuntutan Palsu Bernilai RM360 Juta Ditahan SPRM

Datuk Seri Antara 4 Individu Kemuka Tuntutan Palsu Bernilai RM360 Juta Ditahan SPRM

29/04/2025
0

Kuala Lumpur: Empat individu termasuk seorang bergelar datuk seri ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana disyaki mengemukakan tuntutan mengandungi...

Lelaki Menyamar Polis Samun Keluarga Warga Asing

Lelaki Menyamar Polis Samun Keluarga Warga Asing

05/01/2025
0

Shah Alam : Seorang lelaki ditahan selepas menyamar sebagai anggota polis dan menyamun sebuah keluarga warga asing dalam kejadian di...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd