• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

JPJ Cekup 2 Warga Pakistan Bawa Teksi Di Bukit Bintang

oleh Ahmad Albab
23/05/2016
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Risikan yang dijalankan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) mengejutkan pihak berkuasa apabila mendapati ada warga asing yang menjalankan perkhidmatan teksi di sekitar ibu negara.

Timbalan Pengarah Bahagian Penguatkuasa JPJ, Muhammad Kifli Mahassan berkata dua lelaki warga Pakistan yang memandu teksi di Bukit Bintang ditahan menerusi operasi khas yang dijalankan oleh pihaknya di sekitar ibu negara bermula pukul 8 malam tadi.

“Mereka tidak mempunyai lesen memandu yang sah mahupun lesen perkhidmatan awam tetapi berani membawa penumpang menaiki teksi,” katanya pada sidang media di JPJ Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur di sini, hari ini.

Muhammad Kifli berkata dua lelaki berusia 39 dan 40 tahun itu diserahkan kepada Jabatan Imigresen untuk tindakan lanjut manakala kenderaan teksi yang dipandu mereka disita bagi membantu siasatan.

Beliau berkata pihak JPJ akan mengemukakan laporan kepada Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) supaya mengambil tindakan terhadap pemilik kenderaan yang memberikan kebenaran kepada individu warga asing memandu secara haram.

Katanya laporan itu akan turut menggesa SPAD supaya mengenakan tindakan sewajarnya kepada syarikat teksi yang didapati membenarkan warga asing menjalankan perkhidmatan kenderaan awam tanpa lesen.

“Siasatan awal mendapati kegiatan ini semakin meningkat sejak awal tahun ini,” katanya.

Justeru, Muhammad Kifli meminta penumpang teksi yang menemui pemandu warga asing supaya melaporkannya kepada pihak JPJ untuk diambil tindakan.

Selain itu, dua lelaki terdiri daripada warga Indonesia dan India berusia lingkungan 40-an ditahan pada operasi yang sama di Jalan Genting Sempah kerana memandu lori tanpa lesen.

Kedua-dua tahanan turut diserahkan kepada Jabatan Imigresen manakala lori yang dipandu oleh mereka disita untuk disiasat.

Katanya kes disiasat di bawah Seksyen 23 dan 56 Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu tanpa lesen memandu dan lesen perkhidmatan awam.

Beliau berkata operasi yang dijalankan oleh seramai 24 anggota dari Ibu Pejabat JPJ Putrajaya sehingga awal pagi tadi turut mengeluarkan sebanyak 170 saman kepada pengguna jalan raya atas pelbagai kesalahan jalan raya di sekitar ibu negara. – BERNAMA

Tags: JPJTeksi
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

JPJ Kesan Penipuan Dalam Sistem Pertukaran Hak Milik Online – Anthony Loke

JPJ Kesan Penipuan Dalam Sistem Pertukaran Hak Milik Online – Anthony Loke

25/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook memaklumkan perkhidmatan dalam talian bagi urusan pertukaran hak milik kenderaan oleh...

Malaysia-Turkiye Perkukuh Kerjasama Industri Pertahanan

Malaysia-Turkiye Perkukuh Kerjasama Industri Pertahanan

22/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Menteri Pertahanan mengadakan pertemuan dengan syarikat pertahanan Turkiye, Makine ve Kimya Endüstrisi A.Ş. (MKE) yang diketuai Timbalan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd