• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, October 5, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kebajikan Polis Sentiasa Mendapat Perhatian Kerajaan

oleh Ahmad Albab
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KANGAR – Kebajikan polis sentiasa mendapat perhatian kerajaan bagi membolehkan anggota keselamatan itu menumpukan tugas membanteras jenayah demi kesejahteraan rakyat, kata Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Nur Jazlan Mohamed.

Beliau berkata Petunjuk Prestasi Utama (KPI) Polis Diraja Malaysia (PDRM) menyasarkan indeks jenayah menurun lima peratus setiap tahun.

“Keamanan dan keselamatan negara dan rakyat menjadi keutamaan polis dan kerana itu kebajikan dilihat antara motivasi penting dalam mencapai KPI yang disasarkan, katanya.

Beliau berkata demikian dalam ucapan pada upacara simbolik majlis pecah tanah pembinaan Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Perlis yang disempurnakan Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail di Mes Kanan Pegawai Polis Perlis di sini, Sabtu.

Turut berangkat ke majlis itu Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail.

Menteri Besar Perlis Datuk Seri Azlan Man, Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri (KDN) Datuk Alwi Ibrahim, Speaker Dewan Undangan Negeri Perlis Datuk Hamdan Bahari serta pegawai-pegawai kanan polis turut hadir.

Nur Jazlan berkata indeks jenayah di Perlis yang menurun dua peratus pada 2014 dan sembilan peratus pada 2015 amat membanggakan.

“Saya yakin pembinaan IPK baharu ini dengan kos RM151 juta yang dijangka siap dalam tempoh 36 bulan akan menyemarakkan lagi semangat polis negeri serta memberi impak terhadap usaha berterusan membanteras jenayah,” katanya.

Timbalan Ketua Polis Perlis ACP Noor Mushar Muhammad yang ditemui selepas majlis itu berkata penambakan tanah kawasan seluas 41 ekar (kira-kira 16.4 hektar) untuk membina IPK tersebut bermula Mac lepas.

Katanya IPK Perlis masih menumpang di Ibu Pejabat Polis Daerah Kangar sejak dipisahkan daripada IPK Kedah untuk menjadi sebuah kontinjen baharu pada 1989. – BERNAMA

Tags: polis
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Bekas Exco Kerajaan Negeri Sembilan Beri Keterangan Kepada Polis Bukit Aman

Bekas Exco Kerajaan Negeri Sembilan Beri Keterangan Kepada Polis Bukit Aman

28/09/2026
0

SEREMBAN - Semua 10 bekas Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (EXCO) Negeri Sembilan memberi keterangan kepada pasukan polis Bukit Aman...

Insya-Allah 90% Anggota Tentera, Polis Sokong BN Seperti PRN Johor – Asyraf Wajdi

Insya-Allah 90% Anggota Tentera, Polis Sokong BN Seperti PRN Johor – Asyraf Wajdi

28/07/2026
0

SEREMBAN – Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki mengucapkan selamat mengundi kepada semua anggota keselamatan yang menunaikan tanggungjawab...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd