• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 21, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kempen Jangan Bawa Telefon Bimbit Di 30 Restoran

oleh
21/05/2016
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Keghairahan ketika menggunakan gajet elektronik terutama telefon bimbit pintar, tanpa mengira masa kini menjadi antara punca kurangnya komunikasi dalam kalangan anggota keluarga sendiri.

Menyedari masalah itu, Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) mengadakan kempen ‘Makan Malam Tanpa Telefon Bimbit’ bagi memastikan adanya interaksi antara sesama anggota keluarga.

Ketua Pengarah LPPKN, Datuk Dr. Siti Norlasiah Ismail berkata kempen itu bertujuan mengelakkan ketagihan Internet oleh anggota keluarga sekali gus mengeratkan hubungan silaturrahim ketika mereka menjamu selera.

“Kesejahteraan sesebuah keluarga merupakan pemangkin kepada kemakmuran negara kita dalam memperkasakan struktur ekonomi serta taraf hidup masyarakat,” katanya selepas melancarkan kempen itu di sini pada Jumaat.

Beliau berkata kolaborasi strategik dengan sebuah badan bukan berasaskan keuntungan, Focus On The Family itu dilihat mampu merapatkan hubungan kekeluargaan dengan baik selain menghabiskan masa berkualiti bersama.

no_cell_phone(1)

Kempen ‘Makan Malam Tanpa Telefon Bimbit’ itu bermula 20 Mei sehingga 30 November depan adalah bagi menyokong sambutan Hari Keluarga Sedunia pada bulan ini dan Hari Keluarga di Malaysia pada November depan.

Bagi menjayakan kempen unik tersebut, sebanyak 30 buah restoran bersetuju untuk mengambil bahagian dengan memastikan pelanggan mereka dapat menikmati makan malam tanpa diganggu oleh sebarang telefon bimbit.

Pelanggan akan dibekalkan dengan sebuah kotak kosong oleh pengurusan restoran bagi menempatkan gajet masing-masing malah diberikan kad roda yang mengandungi topik untuk memulakan interaksi antara anggota keluarga.

Sementara itu, Pengarah Eksekutif Focus On The Family, Lee Wee Min berkata pihaknya telah mendapat kerjasama 30 buah restoran tertentu di sekitar Lembah Klang termasuk A Pie Thing, Mango Chili dan The Hungry Hog.

“Kempen buat julung ini menyasarkan kira-kira 5,000 keluarga atau lebih 20,000 orang sebagai individu yang akan memperoleh manfaat sepanjang kempen itu berlangsung,” jelas beliau lagi. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Tags: Hari KeluargaLPPKNtelefon bimbit
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

KK Di Batu Pahat Diperiksa

Pura-pura Beli Barang Sebelum Larikan Telefon Bimbit Pekerja Kedai Runcit

21/03/2024
0

KUALA LUMPUR - Pura-pura mahu membeli barang menjadi taktik seorang lelaki sebelum melarikan telefon bimbit milik pekerja sebuah kedai runcit...

Dakwaan Fitnah Projek LCS: Polis Rampas Telefon Bimbit Rafizi

Dakwaan Fitnah Projek LCS: Polis Rampas Telefon Bimbit Rafizi

03/09/2022
0

KUALA LUMPUR : Polis selesai merakam keterangan Timbalan Presiden PKR, Rafizi Ramli yang didakwa memfitnah Menteri di Jabatan Perdana Menteri...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd