• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, October 5, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Polis Selangor Rampas 600,000 Pil Eramin 5 Bernilai Rm9 Juta

oleh Ahmad Albab
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SHAH ALAM – Polis Selangor merampas 600,000 biji pil Eramin 5 bernilai RM9 juta dan menahan seorang lelaki tempatan di Teluk Gong, Klang pada Rabu.

Ketua Jabatan Siasatan Narkotik (JSJN) Selangor ACP Amran Ramli berkata suspek yang berumur dalam lingkungan 30-an ditahan pada 11.10 pagi hasil risikan pihaknya sejak dua bulan lepas.

Lelaki itu ditahan ketika dia memberhentikan kenderaan Toyota Vellfire yang dipandunya di tepi sebuah jalan di Teluk Gong.

“Hasil pemeriksaan terhadap kenderaan itu, polis menemukan 600,000 pil Eramin 5 yang disembunyikan di dalam 60 kotak kecil yang dianggarkan seberat 169.2 kilogram.

“Selepas ditahan, suspek membawa polis ke sebuah rumah di Ampang. Hasil pemeriksaan, polis turut merampas dua kenderaan iaitu Toyota Camry dan Nissan X-Trail serta wang tunai RM15,000 bagi membantu siasatan,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Amran berkata suspek dipercayai menyeludup masuk dadah itu dari luar negara menggunakan kontena untuk pasaran tempatan terutama di Lembah Klang.

“Suspek yang aktif melakukan kegiatan ini sejak dua bulan lepas, tidak mempunyai rekod jenayah lampau. Dia sedang disiasat sama ada mempunyai rakan-rakan atau rangkaian sindiket dadah lain yang terlibat dengan rampasan itu,” katanya.

Suspek direman tujuh hari sehingga Rabu depan untuk disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952, yang membawa hukuman gantung sampai mati jika sabit kesalahan. – BERNAMA

Tags: polis
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Bekas Exco Kerajaan Negeri Sembilan Beri Keterangan Kepada Polis Bukit Aman

Bekas Exco Kerajaan Negeri Sembilan Beri Keterangan Kepada Polis Bukit Aman

28/09/2026
0

SEREMBAN - Semua 10 bekas Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (EXCO) Negeri Sembilan memberi keterangan kepada pasukan polis Bukit Aman...

Insya-Allah 90% Anggota Tentera, Polis Sokong BN Seperti PRN Johor – Asyraf Wajdi

Insya-Allah 90% Anggota Tentera, Polis Sokong BN Seperti PRN Johor – Asyraf Wajdi

28/07/2026
0

SEREMBAN – Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki mengucapkan selamat mengundi kepada semua anggota keselamatan yang menunaikan tanggungjawab...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd