• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 17, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Hujan Lebat Luar Biasa Antara Punca Banjir Kilat

oleh Ahmad Albab
20/05/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Hujan lebat luar biasa merupakan antara punca banjir kilat di sekitar Putrajaya pada 7 Mei lalu, kata Presiden Perbadanan Putrajaya (PPj) Datuk Seri Hasim Ismail.

Beliau berkata ini dapat dibuktikan dengan purata taburan hujan ketika itu ialah 122 milimeter berbanding pada hujan pada hari biasa ialah kira-kira 30 milimeter.

Katanya, selain itu, angin kencang turut menerbangkan daun dan ranting pokok sehingga menyebabkan laluan air tersumbat dan mendorong peningkatan air secara cepat.

“Hanya satu kawasan iaitu dataran gemilang yang dinaiki air. Tempat lain adalah biasa. Longkang-longkang di sekitar Putrajaya dibina untuk menerima dan menampung hujan selama 100 tahun.

“Hujan hari itu memang terlalu lebat,” katanya ketika ditanya mengenai hasil kajian yang dijalankan PPj berhubung kejadian banjir itu.

Hasim berkata demikian ketika ditemui dalam sidang media memperkenalkan rakan kerjasama Floria Diraja Putrajaya di sini hari ini.

Dalam kejadian antara 6.30 petang dan 7.30 malam Sabtu, beberapa kawasan dari Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin menghala ke Dataran Gemilang, di Presint 3 dan Presint 4 di sini ditenggelami air, antara lain menyebabkan dua kenderaan terperangkap namun tiada mangsa di dalamnya. – BERNAMA

Tags: banjir kilat
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Detik Menakutkan Ketika Banjir Kilat Melanda

Detik Menakutkan Ketika Banjir Kilat Melanda

08/12/2025
0

KUALA LUMPUR – Rakaman video yang tular merakam detik menakutkan ketika banjir kilat melanda kawasan Kayu Pasak, Salareh Aia, Palembayan...

Tiga Daerah Dilanda Banjir Kilat, Bomba Dalam Keadaan Bersiap Sedia

Tiga Daerah Dilanda Banjir Kilat, Bomba Dalam Keadaan Bersiap Sedia

03/10/2025
0

ALOR SETAR: Hujan lebat sejak jam 6 petang tadi menyebabkan beberapa kawasan di negeri ini dilanda banjir. Berdasarkan tinjauan, daerah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd