• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, April 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Cuaca Buruk, James Lee Tamatkan Pendakian Ke Puncak Everest

oleh Ahmad Albab
20/05/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Pendaki lelaki tertua Malaysia, James Lee Chong Meng, 68, terpaksa menamatkan pendakian peringkat akhir ke puncak Gunung Everest berikutan keadaan cuaca yang buruk.

Pengerusi Ekspedisi Datuk Javern Lim berkata penganjur acara berkenaan, Seven Summit Trekkers telah membuat keputusan yang sukar bagi menamatkan pendakian terakhir Lee itu untuk sampai ke puncak Gunung Everest.

Kumpulan pertama terdiri daripada lebih 30 pendaki ke puncak Gunung Everest bermula sejak 12 Mei lepas, terpaksa menamatkan ekspedisi mereka pada 15 Mei lalu, akibat cuaca yang buruk dengan tiupan angin berkelajuan 45 kmsj, sementara Lee berada dalam kumpulan kedua pendaki.

“Dalam keadaan sebegini, kami tidak boleh berkompromi dengan aspek keselamatan pendaki dan sherpa serta memutuskan untuk membatalkan pendakian akhir dan memberi cadangan kepada Lee untuk kembali pada musim depan bagi mendaki gunung Everest,” katanya dalam kenyataan di sini Khamis.

Beliau berkata, setakat ini Lee telah berjaya menamatkan latihan dan penyesuaian dalam tempoh enam minggu dan berjaya mendaki ke Kem 3 pada ketinggian 7,300 meter dalam suhu -35 darjah Celsius.

“Malah seorang daripada Sherpa beliau yang sangat berpengalaman dan telah mendaki Gunung Everest sebanyak lapan kali telah jatuh sakit seminggu lalu. Walaupun ketiadaan pemandu, beliau masih bertekad untuk meneruskan pendakian,” katanya.

Lim berkata, hakikatnya banyak kumpulan yang tidak sampai ke kawasan Kem 1.

“Tidak hairanlah Lee kecewa tetapi bersyukur kerana dijaga dengan baik dan sokongan yang diperoleh beliau,” katanya.

“Kami gembira untuk melaporkan bahawa dia berada dalam keadaan sihat dan tidak sabar untuk pulang tidak lama lagi,” kata Lim.

Beliau berkata, mereka sangat berbangga dengan pencapaian Lee dan berbangga kerana beliau telah mencapai kejayaan lebih baik daripada banyak pendaki lain yang lebih muda dan lebih berpengalaman.

“Kami juga amat berterima kasih atas sokongan dan sumbangan daripada semua penaja terhadap kami dan rakan kongsi termasuk di Jabatan Perdana Menteri, Negeri Sembilan, penaja korporat Lions Clubs, rakan-rakan dan ahli keluarga Lee,” katanya.

“Kami kini sedang mengatur untuk membawa Lee pulang ke Kuala Lumpur awal minggu depan dan akan memaklumkan tarikh dan waktunya,” katanya Lim.

Lee, yang merupakan anggota ekspedisi Lions Mount Everest Ekspedisi (MEE) 2016, yang mempunyai misi menakluk puncak Gunung Everest setinggi 8,848 meter dalam tempah 70 hari dan telah memulakan cabaran itu pada 31 Mac lepas.

Ekspedisi yang dianjurkan oleh Kelab Lions Antarabangsa Daerah 308 B1, bertujuan meningkatkan kesedaran alam sekitar dalam masyarakat dan memperlihatkan semangat ‘Malaysia Boleh’.

Lee, yang mula mendaki gunung sebagai hobi semasa berusia 40-an, telah mendaki beberapa gunung termasuk Gunung Kinabalu, Gunung Rinjani di Indonesia, Gunung Fuji di Jepun dan Gunung Ama Dablam di Nepal.

Turut mengiringi beliau ialah dua Sherpa profesional, Ngaa Tenji, 33, dan Ang Temba, 44. – BERNAMA

Tags: Everestwarga emas
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

18.8 Peratus Warga Emas Di Malaysia Tinggal Sendirian

18.8 Peratus Warga Emas Di Malaysia Tinggal Sendirian

20/04/2026
0

PUTRAJAYA – Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mendedahkan bahawa 18.8 peratus warga emas di negara ini kini tinggal bersendirian, meningkat hampir...

Bunuh 2 Warga Emas, Penoreh Getah Terlepas Hukuman Gantung

Bunuh 2 Warga Emas, Penoreh Getah Terlepas Hukuman Gantung

19/01/2026
0

Putrajaya: Seorang penoreh getah terlepas daripada hukuman gantung selepas Mahkamah Rayuan mengetepikan hukuman mati atas kesalahan membunuh dua lelaki warga...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd