• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, July 23, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Salah Penerbit Pentingkan Pelakon Ada Rupa Sahaja – Bront

oleh AK-47
18/05/2016
dalam Artis, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KEBELAKANGAN ini banyak pelakon baharu tumbuh bak cendawan mewarnai industri lakonan negara.

Namun, tidak semuanya hadir lengkap berpakej dengan bakat lakonan yang superb, sebaliknya mereka hanya dilihat sekadar seorang lagi pelakon berwajah cantik/kacak yang mahu cuba nasib dalam bidang perfileman dan drama tempatan.

Mengulas mengenai lambakan pelakon baharu itu, pelakon senior berkaliber, Bront Palarae berkata kebanyakan pelakon sekarang kurang berbakat adalah disebabkan salah penerbit itu sendiri.

“Saya tak rasa salah pelakon-pelakon baru dan sedar industri seni tanah air memerlukan mereka yang mempunyai paras rupa.

“Punca utama terletak pada pihak penerbit yang lebih gemar memilih mereka yang tidak mempunyai bakat lakonan. Siapa yang kacak dan cantik diberi keutamaan untuk membintangi sesebuah karya yang besar.

“Jika di luar negara, para pelakon dihantar ke kelas dan dari sudut memberi peluang, mereka diberi watak-watak kecil terlebih dahulu sebelum mampu untuk memegang watak yang lebih besar.

“Tapi kalau kita di Malaysia, seperti buka majalah cari barang perabot,” katanya dipetik portal Astro Gempak.

Wah, sampai tahap macam tu sekali Bront perli bakat pelakon-pelakon baharu ini.

Mungkin ada benarnya kata Bront, sebab kebanyakan pelakon sekarang dilihat kurang menjiwai watak yang telah diamanahkan kepada mereka.

Tak macam pelakon dulu-dulu, biar rupa tak kacak atau cantik mana, namun penghayatan watak mereka memang terbaik.

Apa kata anda, betul ke pelakon sekarang ni kurang berbakat seperti yang dikatakan Bront? – MYNEWSHUB.CC

Tags: myArtispelakonselebriti
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Azhar Sulaiman, Adi Putra Ucap Tahniah Kepada Bangsa Johor

Azhar Sulaiman, Adi Putra Ucap Tahniah Kepada Bangsa Johor

11/07/2026
0

JOHOR BAHRU – Kejayaan Barisan Nasional (BN) mempertahankan Johor dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor 2026 turut menerima perhatian beberapa...

PMX Mungkin Maksudkan Pemimpin PH, Sombong Tak Fikir Orang Bawah Nak Harga Barang Turun – Shahrol Shiro

PMX Mungkin Maksudkan Pemimpin PH, Sombong Tak Fikir Orang Bawah Nak Harga Barang Turun – Shahrol Shiro

18/06/2026
0

JOHOR BAHRU – Pelakon Shahrol Shiro tampil dengan kenyataan sinis berhubung ucapan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menggesa rakyat...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd