• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tubuh Kelab Sukan Woodball Di Universiti – Raja Muda Perlis

oleh Ahmad Albab
22/10/2014
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

ARAU – Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail mencadangkan universiti di seluruh dunia menubuhkan Kelab Sukan Woodball sebagai usaha mempromosi dan mengembangkan sukan berkenaan.

Menurut baginda, universiti juga dapat menjadikan woodball antara aktiviti kokurikulum yang diberikan nilai kredit bagi menggalakkan minat dan penyertaan pelajar dalam sukan berkenaan.

“Penubuhan Kelab Sukan Woodball di Universiti akan menjadi satu usaha yang baik agar pembangunan berterusan sukan ini dapat dilaksanakan.

“Selain itu, perlawanan persahabatan antara Kelab Sukan Woodball Universiti akan meningkatkan semangat setia kawan serta hubungan merentas sempadan,” titah Tuanku Syed Faizuddin semasa merasmikan Kejohanan Woodball Universiti Dunia ke-4 di Dewan Ilmu, Kampus Alam Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) Pauh Putra, di sini, malam tadi.

Berangkat sama, Raja Puan Muda Perlis Tuanku Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil.

Turut hadir, Naib Canselor UniMAP, Datuk Prof Dr Kamarudin Hussin, wakil Persekutuan Sukan Universiti Antarabangsa (FISU), Marian Dymalski dan Presiden Persekutuan Woodball Asia, Thomas Kok.

Lebih 250 peserta dan pegawai dari 12 negara iaitu Bangladesh, Hong Kong China, India, Indonesia, Laos, Mongolia, Nepal, Korea Selatan, Thailand, Chinese Taipei, Uganda dan Malaysia menyertai kejohanan itu bermula semalam hingga 26 Oktober di Kompleks Sukan Syed Sirajuddin Areeb Putra UniMAP, Pauh Putra.

Kejohanan bagi merebut sembilan kategori kejuaraan dengan Malaysia buat julung kalinya diberi penghormatan sebagai tuan rumah temasya universiti berstatus dunia itu.

Sebelum ini, Taiwan menjadi tuan rumah pada 2004, Thailand (2006) dan Uganda (2010).

Kejohanan dianjurkan UniMAP dengan kerjasama Kementerian Pendidikan, Majlis Sukan Universiti Malaysia (MASUM), FISU serta bantuan teknikal Persatuan Woodball Malaysia dan Persatuan Woodball Perlis (PWPs). – BERNAMA

Tags: Raja Muda Perlis
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Raja Muda Perlis Alu-Alukan Kerjasama FGV – MAIPS

Raja Muda Perlis Alu-Alukan Kerjasama FGV – MAIPS

02/07/2022
0

KUALA LUMPUR : Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail menitahkan bahawa kerjasama Felda Global Ventures (FGV) bersama Majlis...

Saling Ingat Mengingati Kesan Buruk Dadah

13/11/2018
0

KUALA PERLIS – Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail bertitah supaya rakyat saling memberi peringatan di antara satu...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd