• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 22, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Ku Chin Wah Tak Isytihar Komisen RM800,000 Kepada SPRM

oleh Ahmad Albab
16/05/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Mahkamah Sesyen hari ini diberitahu bekas Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Kuala Lumpur Datuk Ku Chin Wah tidak mengisytiharkan komisen berjumlah RM800,000 kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana wang itu digunakan untuk pembelian saham.

Pegawai Penyiasat SPRM Mohamad Firdaus Ahmad Sabry berkata komisen berjumlah RM800,000 itu adalah hasil Ku menjadi broker dalam penjualan hartanah di Kuala Lumpur dan Johor Baharu.

Beliau berkata Ku hanya memaklumkan mengenai perolehan komisen RM800,000 itu di dalam tiga rakaman percakapan yang direkodkan oleh SPRM pada 23 Dis 2013, 23 Jun 2015 dan 21 Jan 2016.

Ketika pemeriksaan balas oleh peguam Datuk Geethan Ram Vincent yang mewakili Ku, saksi pendakwaan kelima itu berkata Ku hanya mengisytiharkan komisen berjumlah RM30,000 bagi pembelian hartanah di Tanjung Puteri, Johor Baharu, yang diisi dalam borang pengisytiharan harta.

Bagaimanapun Mohamad Firdaus bersetuju dengan cadangan Geethan bahawa Ku tidak berniat untuk menyorokkan komisen yang diperolehnya kepada SPRM apabila memaklumkan perkara itu di dalam rakaman percakapan.

Geethan: Seawal 23 Dis 2013, anak guam saya telah memaklumkan beliau memperoleh komisen berjumlah RM30,000 daripada penjualan hartanah di Johor Baharu dan RM800,000 komisen daripada penjualan hartanah lain.

Mohamad Firdaus: Betul.

Geethan: Pada 23 Jun 2015, ini adalah sambungan rakaman percakapan 23 Dis, setuju dengan saya hasil penelitian, beliau (Ku) telah berikan butiran terperinci mengenai komisen?

Mohamad Firdaus: Setuju.

Geethan: Dalam rakaman percakapan yang sama, ada ditanya mengenai pengisytiharan, anak guam saya telah jelaskan tidak ‘declare’ (isytihar) kerana wang itu digunakan untuk pembelian syer.

Mohamad Firdaus: Betul.

Kepada soalan Geethan mengenai pengisytiharan saham yang dimiliki Ku, saksi itu berkata: “Saya tak nafikan Ku isytihar saham, tapi untuk komisen (yang digunakan untuk beli saham), tidak”.

Ku, 58, yang kini berkhidmat di bahagian urusetia JSJ Bukit Aman, didakwa gagal mematuhi terma notis Pendakwa Raya di bawah Seksyen 49(1) (AMLATFA) bertarikh 23 Dis 2013 yang mana tertuduh gagal mengisytiharkan segala punca perolehan dalam pernyataan bertulis dengan bersumpah bertarikh 8 Jan 2014.

Beliau didakwa melakukan kesalahan itu di Ibu Pejabat SPRM, Blok D6, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, Putrajaya di antara 23 Dis 2013 dan 21 Jan 2014.

Ku dituduh mengikut Seksyen 49(3) akta sama yang membawa hukuman denda maksimum RM1 juta, penjara tidak lebih setahun atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Budiman Lutfi Mohamed.

Perbicaraan di hadapan Hakim Sohaini Alias bersambung 30 Mei. – BERNAMA

Tags: SPRM
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Tiada Unsur Rasuah Pemberimilikan Kolam Takungan Banjir – Hannah Yeoh

Tiada Unsur Rasuah Pemberimilikan Kolam Takungan Banjir – Hannah Yeoh

26/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Tiada unsur rasuah, penyelewengan serta salah guna kuasa dalam proses pemberimilikan enam kolam takungan banjir Dewan Bandaraya...

Rafizi Disoal Siasat Hampir 9 Jam, Sempat Ingatkan Pegawai SPRM Tanggungjawab Muslim

Rafizi Disoal Siasat Hampir 9 Jam, Sempat Ingatkan Pegawai SPRM Tanggungjawab Muslim

05/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Bekas Menteri Ekonomi, Datuk Seri Rafizi Ramli memaklumkan sesi soal siasat hari pertamanya bersama Suruhanjaya Pencegahan Rasuah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd