PELAKON Lydiawati hari ini mengaku tidak bersalah di atas pertuduhan menyebabkan kecederaan terhadap seorang wanita Brunei pada Mac lalu.
Lydiawati membuat pengakuan itu di Mahkamah Majistret Ampang selepas video aktres itu membelasah wanita tersebut menjadi viral baru-baru ini.
Memetik Sinar Online, Lydiawati atau nama sebenarnya Salina Zaimon telah didakwa atas kesalahan sengaja menyebabkan kecederaan kepada Sharifah Harnizam Wan Musa dengan cara memukul menggunakan besi.
Mengikut rekod, Lydiawati membelasah mangsa di sebuah hotel kira-kira jam 6.30 petang pada 24 Mac lalu.
Lydiawati Tertekan Asyik Terima Mesej Lucah Daripada Pengkid
Aktres senior diwakili peguam Fatimah Zahra Ramli memohon pihak mahkamah mengurangkan jaminan ke atas anak guamnya dengan alasan beliau merupakan seorang ibu tunggal.
Selain itu, Lydiawati juga tidak mempunyai pendapatan tetap dan memerlukan rawatan bulanan kerana masalah jantung yang dihidapi pelakon itu.
Susulan itu, Haslinda A Raof telah membenarkan jaminan sebanyak RM3,300 dengan seorang penjamin dan menetapkan 24 Jun untuk sebutan kes semula.
Pendakwaan telah dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Raihana Abdul Razak mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan. – MYNEWSHUB.CC

