• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 22, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kempunan Joli Hasil Pecah Kereta

oleh Ahmad Albab
16/05/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

Kuala Lumpur – Dua lelaki kempunan menikmati hasil barangan curi apabila ditangkap polis dalam tempoh tidak sampai 24 jam selepas menyamun pelbagai barangan dari kereta milik pelajar perempuan berdekatan Plaza Rah, Jalan Raja Abdullah, di sini, Khamis lalu.

Dalam kejadian jam 6.15 petang itu, seorang siswi institusi pengajian tinggi kehilangan barangan berharga dan dokumen peribadi selepas cermin kereta Perodua Viva miliknya dipecahkan.

Sumber polis berkata, pihaknya menerima aduan daripada mangsa berusia 20 tahun itu di Balai Polis Jalan Tun Razak, di sini, sejam selepas kejadian.

Katanya, pihaknya dimaklumkan mangsa kerugian hampir RM4,000 selepas komputer riba, telefon bimbit, cakera keras, pemacu simpanan data, buku nota dan kad pelajar yang ditinggalkan di dalam kereta dicuri.

“Susulan kejadian, polis melakukan siasatan dan berdasarkan maklumat kami menahan seorang lelaki berusia 36 tahun di stesen Transit Aliran Ringan (LRT) Damai, di sini, pada Sabtu lalu, jam 3.15 petang.

“Hasil soal siasat dilakukan terhadap suspek terbabit membawa kepada penangkapan rakannya iaitu lelaki berusia 32 tahun di Flat Keramat Jaya, Sri Perlis 2, Keramat sejam selepas tangkapan pertama.

“Polis menemui beberapa barangan dipercayai milik pelajar berkenaan di rumah itu,” katanya, semalam.

Menurut sumber, dua suspek berkenaan direman untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 379 Kanun Keseksaan kerana mencuri.

“Polis turut menyiasat kemungkinan dua suspek terbabit dalam beberapa kes sama di kawasan itu,” katanya. – myMetro Online

Tags: Kes Curipolis
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Tony Pua Mengaku Tulis Sendiri Hantaran Facebook

Tony Pua Mengaku Tulis Sendiri Hantaran Facebook

21/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Pengerusi Jawatankuasa Disiplin DAP, Tony Pua memaklumkan beliau telah dipanggil pihak polis bagi memberi keterangan berhubung hantaran...

Wanita Menyamar Kakitangan Hospital Sultanah Aminah Minta Bayaran Masuk Wad RM30

Wanita Menyamar Kakitangan Hospital Sultanah Aminah Minta Bayaran Masuk Wad RM30

22/04/2026
0

JOHOR BAHRU – Pihak pengurusan Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru (HSAJB) memaklumkan wanita yang menyamar sebagai staf hospital meminta bayaran...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd