• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

PAN Akui Cina Sarawak Kembali Sokong BN

oleh Ahmad Albab
16/05/2016
dalam Politik, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Parti Amanah Negara (PAN) mengakui kaum Cina memberi sokongan kepada Barisan Nasional (BN) dan menolak Pakatan Harapan dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak pada 7 Mei lalu.

Penolong Setiausaha Pemuda PAN Perak, Muhammad Faeez Azahar mendakwa, pengundi Cina menyokong BN kerana Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP bertanding sesama di beberapa kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN)

“Berlakunya pertembungan sesama sendiri di beberapa buah kerusi di antara PKR dan DAP yang menyebabkan rakyat Sarawak termasuk pengundi cina ‘swing’ kepada BN.

“Pakatan Harapan juga gagal mengemukakan manifesto atau tawaran bersama sebaliknya setiap parti telah melancarkan secara berasingan,” dakwanya dalam satu kenyataan media hari ini.

BN berjaya membentuk kerajaan baharu dengan kemenangan bergaya apabila menang majoriti lebih dua pertiga atau 72 daripada 82 kerusi pada PRN Sarawak Ke-11.

Muhammad Faeez dalam pada itu berkata, Pakatan Harapan perlu bertanding dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Sungai Besar dan Kuala Kangsar pada 18 Jun depan.

Menurut beliau, tidak timbul persoalan sama ada Pakatan Harapan perlu meletakkan calon atau sebaliknya hanya kerana PAS turut bertanding di kawasan terbabit.

“Pakatan Harapan perlu bersedia daripada sekarang untuk menghadapi sebarang kemungkinan yang dihadapi di medan pertempuran Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) kelak,” katanya.

Beberapa pemimpin PAN sejak beberapa hari lalu mengingatkan pimpinan Pakatan Harapan bahawa parti itu akan tetap bertanding dalam PRK Sungai Besar dan Kuala Kangsar.

Mereka menegaskan bahawa PAS bukan lagi parti dalam Pakatan Harapan maka tidak wajar Pakatan Harapan tidak meletakkan calon.

PAN turut melahirkan kekesalan ke atas seorang pemimpin PKR yang didakwa cuba menghalang Pakatan Harapan bertanding di kawasan terbabit kerana mahu memujuk PAS menyertai Pakatan Harapan.

Pemimpin PKR yang dimaksudkan dipercayai Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.

Mohamed Azmin dipercayai mahu memujuk PAS kembali menyertai gabungan parti pembangkang kerana bimbang kedudukannya sebagai Menteri Besar Selangor boleh terjejas tanpa sokongan PAS. – mynewshub.cc

Tags: BNPAN
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Peluang Terakhir Untuk BN Berubah, Kerjasama PRN Atau Hadapi Tentangan PH – Suhaizan

Peluang Terakhir Untuk BN Berubah, Kerjasama PRN Atau Hadapi Tentangan PH – Suhaizan

18/05/2026
0

JOHOR BAHRU - Ahli Parlimen PH Pulai, Suhaizan Kaiat menyifatkan ucapan Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Anwar Ibrahim Konvensyen...

“Jangan Samakan Tahap Pemikiran Akar Umbi UMNO Dengan Walanon”

“Jangan Samakan Tahap Pemikiran Akar Umbi UMNO Dengan Walanon”

18/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Ahli Jawatankuasa Pemuda UMNO Bahagian Shah Alam, Azrul Abu Hasan mengingatkan Presiden UMNO supaya tidak menyamakan tahap...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd