• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 22, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Rundingan Bebaskan 4 Mangsa Culik Masih Diteruskan

oleh Ahmad Albab
15/05/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA KINABALU – Rundingan untuk membebaskan empat rakyat Malaysia yang diculik oleh sekumpulan lelaki bersenjata di perairan Ligitan, berhampiran Semporna pada 1 April lalu masih diteruskan, kata Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Seri Noor Rashid Ibrahim.

Katanya kerajaan Malaysia bersama pihak polis masih meneruskan rundingan dengan kerajaan dan pihak berkuasa Filipina serta berharap rundingan itu berjaya sekaligus berhasil membebaskan empat mangsa culik berkenaan.

“Rundingan (membebaskan mangsa culik) masih diteruskan dan kerajaan serta pihak berkuasa Filipina memberi kerjasama yang baik,” katanya ketika ditemui pemberita pada acara pertandingan menembak anjuran Ibu Pejabat Polis Kontinjen Sabah sempena Peringatan Hari Polis Ke-209 di sini hari ini.

Acara yang turut dihadiri Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Seri Abdul Rashid Harun itu dirasmikan oleh Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman.

Mengulas lanjut, Noor Rashid berkata kesemua mangsa berada dalam keadaan baik.

Ditanya adakah anggota keluarga mangsa akan dibawa ke Filipina, Noor Rashid berkata belum ada perancangan untuk berbuat demikian sehingga rundingan selesai.

“Sekarang ini biarlah pihak berwajib, kerajaan dan pihak mereka (Filipina) yang berkenaan menjalankan rundingan dulu,” katanya.

Dalam kejadian kira-kira 6.15 petang pada 1 April lalu, empat rakyat Malaysia berumur 21 hingga 34 tahun merupakan antara sembilan kru kapal tunda sedang dalam perjalanan balik dari Filipina ke Malaysia.

Mereka ialah Wong Teck Kang, 31; Wong Hung Siong, 34; Wong Teck Chii, 29, dan Johnny Lau Jung Hien, 21, diculik lapan lelaki bersenjata yang memintas kapal tunda dinaiki mereka di perairan Ligitan, berhampiran Semporna, manakala kru lain masing-masing warga Indonesia dan Myanmar dibebaskan. – BERNAMA

Tags: kes culikpolis
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Tony Pua Mengaku Tulis Sendiri Hantaran Facebook

Tony Pua Mengaku Tulis Sendiri Hantaran Facebook

21/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Pengerusi Jawatankuasa Disiplin DAP, Tony Pua memaklumkan beliau telah dipanggil pihak polis bagi memberi keterangan berhubung hantaran...

Wanita Menyamar Kakitangan Hospital Sultanah Aminah Minta Bayaran Masuk Wad RM30

Wanita Menyamar Kakitangan Hospital Sultanah Aminah Minta Bayaran Masuk Wad RM30

22/04/2026
0

JOHOR BAHRU – Pihak pengurusan Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru (HSAJB) memaklumkan wanita yang menyamar sebagai staf hospital meminta bayaran...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd