• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, October 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

40 Hari Gali Perigi Demi Isteri

oleh Ahmad Albab
dalam Hangat, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

New Delhi – Seorang lelaki menghabiskan 40 hari berturut-turut menggali perigi selepas isterinya dihalang dan dimalukan ketika cuba mengambil air daripada telaga milik orang yang berkasta lebih tinggi di Maharashtra, India, yang dilanda kemarau.

Bapurao Tajne berkata, dia menangis apabila isterinya menceritakan pengalaman itu dan terus berazam mencari sendiri air untuk kegunaan keluarganya.

“Saya berazam kami tidak akan lagi mengemis air daripada sesiapa,” katanya.

Kerana tidak mampu berhenti kerja sebagai buruh, Tajne sanggup bangun lebih awal setiap pagi dan menggali telaga selama empat jam sebelum pergi bekerja selain dua jam sebaik pulang.

“Sebenarnya saya cuma berdoa dan bergantung kepada kata hati ketika mencari tempat menggali.

Pada mulanya saya gagal kerana tiada pengalaman atau ilmu, malah ramai yang ketawakan saya kerana terpaksa mencuba tiga kali sebelum berjaya.

“Namun, saya tidak berputus asa dan akhirnya menemui air,” katanya.

Seramai 330 juta orang terkesan akibat kemarau di India, malah sesetengah tempat juga melihat bekalan air minuman dicatu.

Bagaimanapun, Tajne bermurah hati berkongsi air telaganya bersama orang kampung.

“Biarlah mereka gelakkan saya dulu, yang penting kita semua dapat berkongsi rezeki,” katanya.

Isterinya mengaku turut menggelakkannya kerana tidak percaya dia mampu berjaya.

“Sejujurnya saya tidak membantunya langsung. Tetapi sebaik dia menemui air saya kagum dan kami sekeluarga terus menolongnya,” katanya. – Agensi/myMetro Online

Tags: Indiasuami
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Video Dua Wanita Muslim Belajar Yoga Di India Tular, Salah Seorang Tampil Beri Penjelasan

Video Dua Wanita Muslim Belajar Yoga Di India Tular, Salah Seorang Tampil Beri Penjelasan

05/09/2026
0

KUALA LUMPUR - Salah seorang daripada dua wanita Melayu yang tular menerusi rakaman video mengikuti latihan Yoga di India tampil...

Bukan Melayu Tidak Perlu Bimbang Persefahaman BN-PN, Kata Jalaluddin

Bukan Melayu Tidak Perlu Bimbang Persefahaman BN-PN, Kata Jalaluddin

18/07/2026
0

JELEBU - Pengundi bukan Melayu khususnya masyarakat Cina dan India diseru agar tidak berasa khuatir atau ragu-ragu terhadap persefahaman politik...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd