• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 22, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Profesion Perguruan Hampir Setanding Bidang Kedoktoran

oleh Ahmad Albab
14/05/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Profesion perguruan kini tidak boleh dipandang enteng oleh masyarakat kerana ia hampir setaraf dengan bidang kedoktoran, kata Pengerusi Yayasan Guru Malaysia Berhad (YGMB) Tan Sri Alimuddin Mohd Dom.

Beliau berkata ini kerana mereka yang ingin menjadi guru harus melalui saringan yang ketat seperti perlu mendapat Purata Nilai Gred Kumulatif (CGPA) tinggi dan perlu mempunyai ketahanan mental dan fizikal tinggi sebelum berdepan dengan cabaran mendidik yang sebenar kelak.

“Setiap tahun lebih 100,000 belia memohon untuk menjadi warga pendidik, namun tidak lebih daripada 10,000 orang sahaja yang akan terpilih untuk melanjutkan pengajian di institusi pengajian tinggi mahupun di Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM).

“Malah sebagai contoh di negara barat, ada di antara guru yang mengajar di peringkat tadika dan sekolah rendah mempunyai kelulusan PhD … ini merupakan suatu yang dilihat mampu memberi kualiti terhadap pembelajaran yang dilakukan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjadi tetamu Bernama Radio menerusi program Dalam Radar yang membicarakan topik “Terbelakah Kebajikan Guru” di Wisma Bernama malam ini.

Alimuddin berkata peningkatan permohonan untuk menjadi warga pendidik juga disokong dengan kebajikan yang semakin terjamin dari segi gaji dan elaun.

“Kerajaan dilihat sentiasa menjaga kebajikan guru dengan mengambil kira bebanan yang dipikul oleh setiap warga pendidik.

“Dari segi pemberian gaji misalnya, semasa mula menjadi guru dahulu, saya mendapat gaji RM750 sebulan, tetapi pada hari ini difahamkan guru baharu mendapat lebih daripada RM2,000 dan menerima bermacam elaun misalnya elaun kenderaan, perumahan dan sara diri serta menikmati kenaikan pangkat,” katanya.

Malahan, jika dibandingkan dengan negara-negara lain di benua Asia dan Afrika, Malaysia merupakan antara negara terbaik dari segi menjaga kebajikan dan perkhidmatan yang diberikan kepada mereka yang terlibat dalam profesion perguruan.

Menerusi YGMB, Alimuddin berkata yayasan itu juga memainkan peranannya dalam menjaga kebajikan guru dengan menawarkan 16 faedah kebajikan kepada guru yang menjadi ahlinya dengan bayaran yuran bulanan RM10.

“Faedah itu meliputi khairat kematian, kemalangan, kecacatan kekal, elaun hospital, pelajaran dan malapetaka,” katanya. – BERNAMA

Tags: Guru
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

‘Hati-Hati Tafsir Kategori T20, Gaji RM13,000 Di KL Boleh Jatuh Ke M40 B40’

‘Hati-Hati Tafsir Kategori T20, Gaji RM13,000 Di KL Boleh Jatuh Ke M40 B40’

12/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (Mara), Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki mengingatkan berhati-hati dalam mentafsir kategori T20 atau...

Guru Sekolah Swasta Maut Digilis Treler Di SILK, Nahas Libat Tiga Kenderaan

Guru Sekolah Swasta Maut Digilis Treler Di SILK, Nahas Libat Tiga Kenderaan

09/04/2026
0

KAJANG – Seorang guru sekolah swasta maut dalam keadaan tragis selepas digilis sebuah treler dalam kemalangan melibatkan tiga kenderaan di...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd