• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 22, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Polis Tahan Pemandu Lori, Rampas Dadah Bernilai Rm171,000

oleh Ahmad Albab
13/05/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

IPOH – Polis menahan seorang pemandu lori dan merampas pelbagai jenis dadah bernilai kira-kira RM171,000 dalam serbuan di sebuah rumah di Pasir Puteh, di sini, Rabu lepas.

Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik negeri Supt Abdul Latiff Mehat berkata dadah yang dirampas dalam serbuan pada pukul 7.30 malam itu terdiri daripada 2.7 kilogram heroin, 59 gram methamphetamine serta tiga batang pokok ganja.

Abdul Latiff berkata dadah itu yang dijumpai di rumah sewa lelaki berusia 28 tahun itu dipercayai untuk diedar di sekitar negeri ini dan boleh dibekalkan kepada kira-kira 2,400 penagih.

“Turut dirampas sebuah kereta jenis Proton Iswara Aeroback serta dua buah motosikal dengan nilai anggaran keseluruhan berjumlah RM22,500,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Perak di sini Jumaat.

Menurutnya suspek yang berasal dari Klang, Selangor itu bagaimanapun tidak mempunyai sebarang rekod jenayah lampau.

Katanya hasil ujian air kencing mendapati suspek positif dadah dan direman tujuh hari bermula semalam bagi membantu siasatan. – BERNAMA

Tags: kes dadahpemandu lori
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Kemalangan Maut Penunggang Motosikal, Pemandu Lori Direman Kerana Positif Dadah

Kemalangan Maut Penunggang Motosikal, Pemandu Lori Direman Kerana Positif Dadah

04/01/2026
0

SEGAMAT: Pemandu lori terbabit kemalangan di Jalan Tenang Jaya, Pekan Tenang, di sini, semalam yang mengorbankan penunggang motosikal, direman dua...

3 Ditahan, Syabu RM1.32 Juta Dirampas Dalam Serbuan Di Ranau Dan Telupid

3 Ditahan, Syabu RM1.32 Juta Dirampas Dalam Serbuan Di Ranau Dan Telupid

02/09/2025
0

KOTA KINABALU: Polis menahan tiga lelaki dalam dua serbuan berasingan di Ranau dan Telupid, dekat sini pada 28 Ogos lalu,...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd