• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Bicara Kes Saman Jurucakap Kumpulan G25 Ditetapkan 28 Nov

oleh Ahmad Albab
13/05/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Mahkamah Tinggi di sini menetapkan tiga hari bermula 28 Nov ini untuk perbicaraan kes saman fitnah jurucakap kumpulan bekas penjawat awam (G25) Datuk Noor Farida Ariffin terhadap seorang ahli perniagaan berhubung artikel yang dikatakan mendakwanya menghina agama Islam.

Hakim Datuk Yeoh Wee Siam menetapkan tarikh itu di dalam kamarnya yang turut dihadiri peguam Yap Boon Hau, mewakili Noor Farida dan peguam Azad Bashir, mewakili Azmi Arshad selaku defendan.

Bercakap kepada pemberita selepas itu, Azad berkata mahkamah juga menetapkan 30 Sept ini untuk pengurusan kes berkenaan.

Noor Farida, 60, yang juga bekas Duta Besar Malaysia ke Belanda, memfailkan saman itu pada 7 Mac lepas dengan mendakwa Azmi telah mengarang dan menerbitkan artikel bertajuk ‘Low Yat Is Only a Gentle Reminder’ di World Wide Web yang dikenali sebagai Portal Islam & Melayu pada 13 Julai 2015.

Dalam pernyataan tuntutannya, Noor Farida selaku plaintif mendakwa artikel itu antara lain membawa maksud beliau telah menghina, memprovokasi agama Islam dan menyokong pemimpin DAP serta portal berita termasuk MalaysiaKini, Free Malaysia Today dan The Heat untuk mencemuh orang Islam.

Plaintif mendakwa artikel itu turut diterbitkan dalam akaun Facebook defendan atas nama Azmi Arshad pada tarikh sama (13 Julai), jam 2.10 pagi yang boleh dibaca dan diakses oleh pengguna laman sosial berkenaan serta menerima 1,042 tanda ‘like’, 90 komen dan telah dikongsi oleh pengguna Facebook sebanyak 370 kali sejak ia diterbitkan pada tarikh tersebut.

Noor Farida berkata surat bertarikh 20 Ogos 2015 telah dihantar kepada Azmi supaya beliau menarik balik penerbitan artikel itu daripada akaun Facebooknya tetapi defendan enggan berbuat demikian.

Beliau juga memohon perintah injunksi bagi menghalang defendan atau ejen dan pekerjanya daripada menerbitkan semula perkataan fitnah itu.

Noor Farida juga menuntut ganti rugi am, perintah mahkamah supaya defendan menerbitkan permohonan maaf kepada plaintif, faedah, kos dan relif lain difikirkan sesuai oleh mahkamah. – BERNAMA

Tags: G25saman
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Tiga ADUN Fail Saman Cabar Keputusan Speaker Isytihar Kekosongan Kerusi

Tiga ADUN Fail Saman Cabar Keputusan Speaker Isytihar Kekosongan Kerusi

02/01/2026
0

Kangar: Setelah lama mendiamkan diri di sebalik kemelut politik yang melanda Perlis, tiga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Perlis secara...

Saman Pemula UMNO Mohon Pindah Milik Tanah Daripada Tun M, 3 Yang Lain Didengar 24 Jun

Saman Pemula UMNO Mohon Pindah Milik Tanah Daripada Tun M, 3 Yang Lain Didengar 24 Jun

18/06/2025
0

KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi di sini menetapkan 24 Jun ini untuk mendengar saman pemula difailkan UMNO bagi mendapatkan pengisytiharan supaya...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd