• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 16, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Video: Wanita Meninggal Dunia Semasa Baca Ayat Al-Quran

oleh AK-47
12/05/2016
dalam Hangat, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

TIADA satu manusia pun yang mengetahui bila dan bagaimana kita akan meninggal dunia.

Pun begitu, setiap manusia mengharapkan agar dapat pergi dalam keadaan yang baik dan dipermudahkan.

Bagi seorang wanita bernama Halimah Ramli pula, ajalnya tiba ketika dia sedang membaca ayat al-Quran untuk program Israk Mikraj di sebuah masjid di Changlun, Kedah, Sabtu lalu.

Secara kebetulan, detik pemergiaan allahyarhamah, 58, ke rahmatullah turut dirakam dalam video sebelum ianya menjadi viral di media sosial.

Difahamkan, allahyarhamah sendiri yang meminta rakannya merakam video ketika membaca potongan ayat itu.

Menerusi video itu, allahyarhamah atau mesra dipanggil Kak Limah dilihat khusyuk membaca ayat tersebut sebelum tiba-tiba rebah di atas pentas.

Video berdurasi 2.51 minit itu membuatkan ramai tersentuh hati bercampur sayu mendoakan agar allahyarhamah berada dalam kalangan orang yang beriman.

Sementara itu, suaminya Ismail Long, 66, yang sedih dengan pemergian isterinya itu menyifatkan allahyarhamah sebagai isteri yang baik dan taat pada perintah Allah.

“Dia bukan tok guru, bukan ustazah, cuma dia tolong ajarkan penduduk setempat mengenal huruf dan baca al-Quran.

“Dia ajar secara sukarela, tak mengharapkan apa-apa bayaran. Dia buat kerja ini ikhlas,” katanya kepada Sinar Harian.

Jenazah allahyarham dikebumikan di kubur Taman Mahsuri, Jitra kira-kira pukul 9.30 malam pada hari yang sama.

Al-Fatihah. – MYNEWSHUB.CC

Tags: doaWanitaYasin
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

Hospital Sultanah Aminah Perketat Kawalan Keselamatan, Semak Identiti Kakitangan di Pintu Masuk

Hospital Sultanah Aminah Perketat Kawalan Keselamatan, Semak Identiti Kakitangan di Pintu Masuk

24/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru (HSAJB) memperketatkan kawalan keselamatan sedia ada berikutan insiden seorang wanita menyamar sebagai...

Wanita Menyamar Kakitangan Hospital Sultanah Aminah Minta Bayaran Masuk Wad RM30

Wanita Menyamar Kakitangan Hospital Sultanah Aminah Minta Bayaran Masuk Wad RM30

22/04/2026
0

JOHOR BAHRU – Pihak pengurusan Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru (HSAJB) memaklumkan wanita yang menyamar sebagai staf hospital meminta bayaran...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd