• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 22, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Alat Memadam Kebakaran Inovasi Baharu Diperlukan – Mahdzir

oleh Ahmad Albab
12/05/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Penggunaan alat memadam kebakaran dengan inovasi baharu diperlukan dalam usaha mencegah kebakaran di sekolah, kata Menteri Pendidikan, Datuk Seri Mahdzir Khalid.

Katanya selain menukar pendawaian elektrik yang dikenal pasti sebagai antara faktor utama kebakaran di sekolah, kajian mengenai penggunaan alat baharu mencegah kebakaran boleh dilakukan sebagai alternatif kepada kaedah yang digunakan ketika ini.

Mahdzir berkata beliau memandang serius kes kebakaran di sekolah memandangkan kementeriannya mempunyai lebih 10,000 sekolah yang perlu diberi perhatian termasuk aspek keselamatan.

“Sebagai tempat menimba ilmu, kita bertanggungjawab memastikan pelajar merasai kewujudan ciri keselamatan yang diyakini di persekitaran bagi membolehkan mereka belajar tanpa rasa bimbang,” katanya.

Bercakap kepada pemberita selepas melancarkan Elide Fire Ball, alat mencegah kebakaran berasaskan sumber organik di sini hari ini, Mahdzir berkata beliau menyokong penuh sebarang usaha ke arah penggunaan alternatif baharu sebagai pilihan dalam menangani kes kebakaran di sekolah.

Ditanya sama ada kementerian sedia menimbangkan penggunaan Elide Fire Ball di sekolah, beliau berkata perkara itu perlu melalui perbincangan dan penelitian lanjut kementerian, terutamanya dari segi kos dan aspek keperluannya di sekolah.

“Daripada simulasi yang ditunjukan, alat ini dilihat berkesan untuk digunakan di sekolah, namun kita harus membuat penilai mendalam mengenainya selain perlu mematuhi pekeliling penggunaan alat memadam kebakaran sedia ada termasuk kontrak,” katanya.

Dengan berat 1.3 kilogram, dan hanya perlu dilontar ke arah objek terbakar, Elide Fire Ball ialah teknologi pemadam api aktif sendiri yang telah digunakan di Eropah, Amerika Syarikat dan Jepun. Di Malaysia ia diedarkan oleh syarikat Euro Manpower Supply Sdn. Bhd.

Dalam perkembangan lain, Mahdzir berkata Jabatan Pendidikan Negeri telah selesai menjalankan pemantauan dan siasatan berhubung jumlah sekolah yang sepatutnya mendapat bantuan menukar pendawaian elektrik.

“Daripada situ, kita akan dapat mengenal pasti sekolah mana yang perlu diberi keutamaan dalam pemberian bantuan,” katanya sambil menambah ia merupakan antara langkah yang diambil kementerian dalam menangani kes kebakaran akibat lintar pintas. – BERNAMA

Tags: Mahdzir KhalidSekolah
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Sekolah Pentadbiran JAIS Tidak Dibenarkan Sambut Hari Guru?

Sekolah Pentadbiran JAIS Tidak Dibenarkan Sambut Hari Guru?

11/05/2026
0

SHAH ALAM - Satu surat didakwa dikeluarkan oleh Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) tidak membenarkan sekolah di bawah pentadbiran institusi...

Aminuddin Buat Lawatan Rasmi Ke Sekolah, Teruskan Tugas MB Negeri Sembilan

Aminuddin Buat Lawatan Rasmi Ke Sekolah, Teruskan Tugas MB Negeri Sembilan

28/04/2026
0

SEREMBAN – Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun meneruskan tugas rasmi beliau walaupun berdepan dakwaan kehilangan sokongan majoriti...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd