• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 22, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

JPAM Selangor Terima 2,019 Kes Tangkapan Ular

oleh Ahmad Albab
12/05/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) Selangor menerima 2,019 kes tangkapan ular di seluruh negeri itu dalam tempoh empat bulan pertama tahun ini.

Timbalan Pengarah JPAM Selangor, Khairil Izzwan Abdul Rahman berkata jumlah itu menunjukkan peningkatan sebanyak 94 kes berbanding tempoh sama tahun lepas yang merekodkan 1,925 kes.

Beliau berkata kebanyakan reptilia berbisa itu ditemui di kawasan perumahan dan sekolah khususnya di sekitar daerah Klang.

“Kesedaran orang ramai mengenai tugas JPAM yang boleh membantu menangkap ular di persekitaran mereka turut mempengaruhi peningkatan laporan kes itu.

“Cuaca panas dan kering akibat fenomena El Nino yang melanda negara sekarang menyebabkan ular mencari tempat perlindungan yang lebih sejuk dan lembap termasuk bangunan kediaman,” katanya kepada Bernama.

Sehubungan itu, Khairil Izzwan menasihati orang ramai agar mengambil langkah berjaga-jaga dengan menutup semua lubang yang boleh memberi ruang kepada ular untuk masuk ke dalam rumah.

“Sekiranya haiwan itu masuk ke rumah, jangan panik dan cari tempat yang selamat untuk berlindung serta mendapatkan bantuan. Ular tidak akan mematuk manusia melainkan diancam.

“Jika kena patuk, cuba kenal pasti jenis ular yang mematuk itu dan mendapatkan rawatan secepat mungkin,” katanya.

Beliau berkata selain membersihkan semak-samun di persekitaran rumah, orang ramai juga diingatkan tidak sesekali mengambil tindakan berisiko kepada diri dan keluarga jika terjumpa haiwan itu di dalam rumah. – BERNAMA

Tags: JPAMular
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Penyamaran Hampir Sempurna: Awas ‘Ular Kapak’ Di Laluan Hutan

Penyamaran Hampir Sempurna: Awas ‘Ular Kapak’ Di Laluan Hutan

03/02/2026
0

Aktiviti mendaki bukit atau merentas hutan sememangnya memberi ketenangan dan kepuasan tersendiri. Namun, di sebalik keindahan alam, terdapat risiko yang...

Ular Sebabkan Gangguan Bekalan Elektrik Di Batu Kawa

Ular Sebabkan Gangguan Bekalan Elektrik Di Batu Kawa

13/03/2025
0

Kuching: Seekor ular menyebabkan gangguan bekalan elektrik selama dua jam yang menjejaskan kawasan Batu Kawa dan MJC di sini pada...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd