• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 22, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

KTMB Taja Kos Pengangkutan Bayi Sumbing Jalani Pembedahan

oleh Ahmad Albab
11/05/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

ARAU – Bayi perempuan berusia lima bulan dari kampung Kok Klang, Chuping di sini yang mengalami masalah sumbing muka berlepas menaiki perkhidmatan tren elektrik (ETS) jam 5 petang tadi ke Kuala Lumpur untuk memulakan rawatan dan pembedahan di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM).

Pengurus Kebajikan dan Perhubungan Pekerja Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB), Abdul Rahim Osman berkata pihaknya terpanggil untuk turut melakukan tanggungjawab sosial dengan menaja kos perjalanan pergi dan balik adik Nurhidayah Fatihah Mohamad Sejawi bagi meringankan perbelanjaan keluarganya.

“Selepas mengetahui adik Nurhidayah akan menjalani pembedahan di PPUM pada 16 Mei ini yang ditaja oleh POKB (Persatuan Orang Kota Bharu) maka KTMB pula akan uruskan hal pengangkutan dari Perlis ke Kuala Lumpur,” katanya dalam sidang media khas di Stesen KTMB Arau di sini, hari ini.

Abdul Rahim berkata perjalanan adik Nurhidayah dan enam anggota keluarga yang lain akan diiringi dua pegawai Jabatan Pertahanan Awam (JPAM) Perlis bagi membantu segala urusan keluarga itu yang akan menginap di Akademi Latihan Pertahanan Awam, Bangi, Selangor.

Sementara itu, ibu bayi berkenaan Nurbustaniah Hussin, 21, berkata dia amat terharu dan tidak menyangka semua proses untuk membantu anaknya bermula dari mendapatkan dana sehingga melakukan pembedahan termasuk rawatan susulan berjalan lancar serta begitu cepat.

“Saya bersyukur dan berterima kasih kepada semua yang sudi membantu. Saya tak pernah terfikir nasib anak saya akan berubah secepat ini dan dia ada peluang untuk pulihkan wajahnya yang berlubang besar meliputi bahagian mulut dan hidung,” katanya.

Nurbustaniah berkata pada awalnya dia langsung tidak tahu kepada siapa mahu memohon bantuan apabila doktor memaklumkan anggaran pembedahan anak bongsunya itu menelan belanja RM30,000.

“Saya tak tahu nak fikir bagaimana bila doktor kata kos itu perlu segera sebelum anak saya semakin membesar. Doktor beritahu pembedahan melibatkan proses mengambil sedikit tulang pinggul kerana lelangitnya tidak ada tulang, dan sebahagian daging paha pula untuk menampal ruang muka yang terbuka.

“Doktor juga ada maklumkan pembedahan sesuai dilakukan sekarang kerana tubuhnya masih lembut dan berpotensi melancarkan proses pembedahan, tambahan pula mata sebelah kanan anak saya makin kecil kerana dia makin membesar menyebabkan mukanya semakin regang,” katanya.

Namun selepas gambar anak saya tersebar di laman sosial sejak 14 April lepas, ramai individu, badan kerajaan dan badan bukan kerajaan (NGO) hadir memberi bantuan, kami bersyukur kerana proses pembedahan bahagian muka Nurhidayah Fatihah akhirnya boleh dimulakan, katanya.

Solat hajat untuk keselamatan dan kejayaan pembedahan anaknya juga telah dilakukan semalam di Masjid Al-Hakam, Kampung Kok Klang selepas Asar bersama penduduk tempatan, katanya.

Nurhidayah dan keluarganya dijangka tiba di Stesen Sentral Kuala Lumpur pada 11 malam ini dan mendaftar masuk ke Jabatan Surgical & Sains Perubatan Maxillofacial, Fakulti Pergigian PPUM esok. – BERNAMA

Tags: bayi
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Insiden Bayi Tertukar Di Wad HTA Selesai, Diserahkan Semula Kepada Ibu

Insiden Bayi Tertukar Di Wad HTA Selesai, Diserahkan Semula Kepada Ibu

15/05/2026
0

Kuala Lumpur: Insiden pertukaran bayi secara tidak sengaja di sebuah wad di Hospital Tunku Azizah (HTA) di sini telah diselesaikan...

Bayi 6 Bulan Ditemukan Meninggal Dunia Di Rumah

Bayi 6 Bulan Ditemukan Meninggal Dunia Di Rumah

26/01/2026
0

GEORGETOWN: Bayi lelaki berusia enam bulan ditemukan meninggal di rumahnya, dalam kejadian di sebuah pangsapuri di Ayer Itam, di sini,...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd