• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 27, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Lelaki Miliki Ketinggian 7′ 11″ Bakal Jalani Pembedahan

oleh AK-47
11/05/2016
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SEORANG lelaki berasal dari kawasan pedalaman Shandong, wilayah timur China akan merasai sinar baharu dalam hidupnya apabila bakal menjalani pembedahan kaki dan akan mampu berjalan sendiri.

Menurut sebuah portal, Xu Fuhai, 26, tergolong antara lelaki tertinggi di republik itu, ketinggian Xu Fuhai tahun lalu ialah 233.7 sentimeter (cm).

Namun ia bertambah 7.6 cm dalam masa setahun menjadikannya memiliki ketinggian 241.3 cm mengalahkan Bao Xishun yang yang hanya berketinggian 233.7 cm.

Lelaki Miliki Ketinggian 7' 11" Bakal Jalani Pembedahan
Xu Fuhai, 26, tergolong antara lelaki tertinggi di China dengan ketinggian tahun lalu ialah 233.7 sentimeter (cm).

Selain itu, menurut portal berita Huanqiu, Xu Fuhai terpaksa menggunakan tongkat untuk berjalan setelah mengalami kecederaan pada usia 15 tahun sewaktu bermain bola keranjang.

Disebabkan kecederaan yang dialami itu, pengaliran darah ke bahagian kakinya tidak teratur dan lancar menyebabkan kakinya bengkak dan kerap berasa sakit.

Oleh itu, Xu Fuhai terpaksa bergantung hidup dengan kedua ibu bapanya yang turut menyara tiga lagi adiknya yang lain. Malah terpaksa berjalan menggunakan tongkat.

Lelaki Miliki Ketinggian 7' 11" Bakal Jalani Pembedahan

Lelaki Miliki Ketinggian 7' 11" Bakal Jalani Pembedahan

Meskipun mengalami keterbatasan dalam pergerakkan, namun Xu Fuhai mempunyai selera makan yang ‘besar’ kerana mampu menghabiskan 16 ban roti setiap kali waktu makan.

Namun nasib Xu Fuhai baik kerana ada hospital yang sanggup membiaya pembedahan kakinya secara percuma dan buat pertama kalinya setelah 10 tahun Xu Fuhai akan mampu kembali berdikari sendiri. – MYNEWSHUB.CC

Tags: China
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Lelaki China Bawak ‘Politik’ Ke Kedai Pengurup Wang

Lelaki China Bawak ‘Politik’ Ke Kedai Pengurup Wang

10/04/2026
0

Oleh Mynewshub  SEORANG lelaki warga China dilaporkan mencetuskan kekecohan di sebuah kedai pengurup wang selepas mempertikaikan status mata wang dari...

China Salur Bantuan USD250,000 Kepada Keluarga Pelajar Iran Yang Terbunuh Dalam Serangan Sekolah

China Salur Bantuan USD250,000 Kepada Keluarga Pelajar Iran Yang Terbunuh Dalam Serangan Sekolah

13/03/2026
0

Oleh Mynewshub  BEIJING – Kerajaan China mengumumkan bantuan kemanusiaan kepada keluarga pelajar Iran yang terkorban dalam serangan Amerika Syarikat (AS)...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd